SAHABAT blogKU yang paling SETIA

PenGuBaT RiNDu
Tuesday, December 8, 2009

AdikKU yang ketiga (PIZAH) telah membuat kejutan kepada mak... Fizah ni tak pernah berkira sangat tentang hal kewangan. Maka dengan murah hati, Fizah telah menghadiahkan sebuah desktop baru jenama DELL iaitu INSPIRON ONE 19 buat mak tercinta.  Komputer yang ada di rumah mak dah lama sangat... kalau nak buka satu-satu program kat komputer ni, alamatnya sempat goreng telur mata kerbau sebijik. Punyalah lamanya nak buka...

Nak tahu tak kenapa FIZAH ini bersungguh-sungguh menghadiahkan desktop ni? Begini ceritanya... Adik keduaku (SHIDA) baru  pergi ke Sheffield, United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya peringkat PHD yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Adik keduaku ini adalah mama kepada anak susuanku, WAFI. Disebabkan mak terlalu rindukan WAFI dan nak lihat wajah WAFI seolah-olah WAFI berada di Malaysia, maka adik pun membeli desktop ini supaya mak boleh ber"video call" dengan SHIDA, WAFI dan KHAIRUL.



"BUAT MAK, LEPAS NI BOLEHLAH MAK BERHUBUNG DENGAN WAFI 
SECARA LANGSUNG.
MOGA-MOGA USAHA KAMI 

TERUTAMANYA FIZAH,
DAPAT MENGUBAT RINDU MAK 

TERHADAP WAFI".

Inilah antara wajah-wajah INSPIRON ONE 19...

p/s: klik pada image untuk zoom in dan zoom out





Coretan oleh :
MINI ME




♥ sambungan celotehku ♥