September 14, 2014

Novel Review: JIKA MAWAR PUDAR WARNA - Aulia Iman


KARYA SENI
Sinopsis Buku:

Dialah AMIRA, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuh kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta! 

"Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggal aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!" 

Dia, TAUFIQ. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat dia bersetuju menebus maruh Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesak insan. 

"Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, aku lah yang habis dulu!" 
"Dah awak baca lambat, Lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!" 

Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya. 

"Bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah tu!" 
"Kau bukan cantik mana pun nak jadi model! Sudahlah gemuk! Buang karan aje! Tak suka!" 
"Saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady saya jadi cleaner... cukuplah! Kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard! Jaga kereta awak di tempat parkir!" 

Ketika langit cerah, bunga-bunga di taman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila. 

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga? Semuanya mekar mewangi dalam Jika Mawar Pudar Warna.

Review Ibu Wawa:
Amira pernah terlanjur bersama Edrian. Bagi menjaga maruah Amira, Dato Amri dan Datin Faridah mencari calon menantu yang sesuai sebagai suami AMIRA kerana Asyraf (tunangan Amira) telah meninggalkannya di saat-saat akhir sebelum pernikahan apabila tahu mengenai sejarah hitam Amira. Akhirnya Taufiq terpaksa akur dengan permintaan Dato Amri kerana ingin membalas budi. Perbelanjaan belajar Taufiq dan adiknya Firdaus telah ditanggung segalanya oleh Dato Amri selepas ayah mereka meninggal dunia. Taufiq dan Amira tidak pernah mengenali diri masing-masing sebelum berkahwin. Lagi pun hati Taufiq telah diisi oleh Adila, gadis kampung yang sangat sopan dan lemah lembut. Sukar bagi Taufiq menggalas tanggungjawab sebagai suami kepada perempuan yang telah dinodai.

"Saya nak jadi janda!" - AMIRA
"What?" - TAUFIQ
"Lebih baik menjadi janda selepas kahwin 
daripada menjadi janda sebelum bernikah!" - AMIRA
"Awak nak jadi janda?" - TAUFIQ
"Ya, itu mungkin yang baik untuk saya! Dan adil untuk awak!" - AMIRA

Tiba-tiba Edrian muncul semula.

'Kau tahu Edri, aku putus tunang dengan Asyraf setelah kisah kita sampai ke pengetahuannya! Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Kurang dan lebih aku! Tapi, semuanya hanya palsu! Hanya mainan di bibir! Bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku kecewa dan aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki! Dan kau perlu tahu, aku terpaksa berkahwin dengan Taufiq. Dan lelaki yang menjadi suami aku ialah lelaki yang mendapat ganjaran! Dia tidak ikhlas mengahwini aku! - desis AMIRA

Sikap Taufiq yang agak kasar, tiba-tiba berubah. Dia semakin mendiamkan diri. Sejak Amira dimasukkan ke hospital kerana demam denggi, hatinya sering rasa bersalah. Namun, di saat ibu Salmah sudah mula menerima Amira sebahagian daripada keluarganya, pengakuan ibu Salmah mengenai hubungan Amira dengan Taufiq telah menyebabkan Taufiq dimarahi oleh makcik Timah dan pakcik Leman (ibu bapa Adila). Taufiq hampir ditetak oleh pakcik Leman. Selepas kenduri doa selamat, ibu Salmah diserang sakit jantung dan akhirnya pergi buat selama-lamanya. Hidayah mempersalahkan kematian ibunya disebabkan oleh Taufiq. Inilah kali pertama, Amira melihat Taufiq menangis.

Semakin hari, hubungan Taufiq dan Amira semakin rapat. Jika Taufiq merajuk, Amira akan cuba pujuk. Sikap Amira yang degil semakin lembut. 
Namun adakalanya Allah menguji hubungan mereka. Taufiq memfitnah Amira berhubungan semula dengan Edrian apabila terserempak dengan mereka di Pizza Hut. Taufiq naik berang walhal Amira membeli Piza untuk dikongsi makan bersama Taufiq. 
Amira juga tidak menyangka Taufiq membeli hadiah, kek dan sekuntum bunga mawar semasa hari lahirnya. Namun, kebaikan Taufiq ini telah dicemar oleh sikap Amira yang memungkiri janji.
Sama-sama ada ego tersendiri dan mereka umpama seperti bermain tarik tali.

Pengakuan Amira mengenai sejarah hitamnya telah merobek hati Taufiq. Mengapakah Taufiq yang baik tidak layak memiliki perempuan yang baik? Taufiq juga telah bersemuka dengan Edrian untuk mengetahui cerita sebenar sejarah hitam Amira. Kesucian Amira akhirnya terjawab juga. Semuanya adalah ketentuan Ilahi... 
Cinta di hati Taufiq hanyalah Adila. Tiga tahun mereka menyulam kasih. Pada masa yang sama, Puteri (adik angkat) dan Alisya (pekerja) dalam diam-diam menaruh hati pada Taufiq. Taufiq dan Puteri telah ditangkap oleh Amira ketika mereka tidur bersama.
Siapakah yang berjaya berada di hati Taufiq? Amira, Adila, Alisya atau Puteri.

Pendapat Ibu Wawa:
Novel ini sangat menarik dan sedih. Watak Taufiq yang pada mulanya ego, akhirnya dapat menerima Amira seadanya. Amira yang dahulunya degil dan liar, dapat juga dilembutkan oleh Taufiq. Suka dengan watak Taufiq yang romantik dan Amira yang mudah dipujuk. Setelah membaca novel ini, pengajarannya "janganlah menilai seseorang dari segi luaran saja. Jangan menghukum seseorang tanpa usul periksa. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik".
Tahniah AULIA IMAN"JIKA MAWAR PUDAR WARNA" memang best!

0 SWEET COMMENT: