October 7, 2009

яєℓαкαη ρємєяgιαηηуα


Semasa aku dan Ida menuntut di Universiti Putra Malaysia (2004-2007), masing-masing telah berkeluarga. Aku memilik seorang cahaya mata dan Ida dua orang cahaya mata. Kami sama-sama membawa anak di Ipoh dan aku menyewa bersebelahan dengan rumah sewa Ida. Mak Ida menemani Ida dan anak-anak kerana suaminya bertugas di Kuala Lumpur. Makcik seorang yang baik dan rajin memasak. Apa sahaja juadah yang dimasaknya akan dihantar ke rumah ku. Aku umpama ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL. "Terima kasih makcik. Lauk masakan makcik memang sedap".

Pada 4 Oktober 2009 (AHAD), makcik telah pulang ke rahmatullah. Makcik meninggal dunia akibat serangan lelah. Makcik menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Ida semasa perjalanan ke hospital Raub, Pahang. Tidak dapat aku gambarkan perasaan Ida pada masa itu. Betapa sedihnya dia... Namun banyak jasa Ida pada makcik kerana sanggup menjaga makcik hingga ke akhir hayatnya. Semasa Ida menghubungi aku, sebak di hati ini tidak dapat ku tahan lagi. Aku menangis di talian. Bila mengingatkan kenangan aku bersama hayat arwah makcik, air mataku mengalir deras. Sedih mengenangkan perasaan bila kehilangan insan yang disayangi buat selama-lamanya.


"Aku dan keluarga mendoakan semoga roh makcik 
di cucuri rahmat dan ditempatkan 
dalam kalangan insan yang beriman. AL-FATIHAH..."



Kepada rakan-rakan blog dan semua pengunjung blog ini, marilah kita sama-sama menghadiahkan "AL-FATIHAH" khas buat mak Ida.







 

signature
Halloween text

0 SWEET COMMENT: