November 15, 2009

MEDELA freestyle idamanKU

Jika pembaca masih ingat lagi, dalam entryku bertajuk "susu oh susu" aku story tentang kutu pam Medela Freestyle yang ku idam-idamkan. Akhirnya...mimpiku menjadi kenyataan apabila semalam aku telah menerima kiriman bungkusan daripada Aishah (blog mylilaida).

Kini aku lebih mudah mengepam susuku dengan bantuan pam Medela Freestyle. Teruja rasanya aku menanti kepulangan suamiku dari Pejabat Pos Kampar mengambil Medela Freestyle yang ku nanti-nantikan. Sepatutnya pam ni dihantar ke sekolahku namun disebabkan hari Sabtu (pejabat sekolah tutup) maka terpaksalah mengambilnya di pejabat pos. Agak besar juga bungkusan pam ni.

Teruja rasanya nak cuba pam ni. Alhamdulillah, Aishah dah siap-siap charge-kan bateri pam untuk aku. Walaupun tak sabar-sabar nak guna pam ni, namun ku kuatkan semangat membaca manual yang diberi. Maklumlah benda mahal. Silap guna, bila rosak menangis tak berlagulah jadinya nanti.

Suamiku yang banyak memberi dorongan aku membeli pam ini. Dia jugalah yang membantu aku memakai pam ini buat pertama kalinya. "Tima kacih abang kerana memberi dorongan menyusukan aQiL sepenuhnya".

Bila saja menekan butang "on", aku dapat rasakan pam ini berfungsi seolah-olah aQiL sedang menyusu denganku. BEST... mana taknya harganya pun best. Buat aQiL, ibu sanggup berkorban wang ringgit asalkan aQiL dapat menyusu susu ibu dengan banyak...

"Semoga aQiL menjadi anak yang soleh 
berkat susu ibu yang mengalir di dalam tubuhmu"...


"Buat aiMaN dan NawFaL, 
walaupun semasa menyusukan kalian pam ini belum ibu miliki, 
namun kasih sayang ibu tetap sama rata antara kalian bertiga"...



besarnya bungkusan ni? tak sabar nak buka


 
alamat sekolahku yang sepatutnya bungkusan ini dihantar


dealer Medela Freestyle 
(aku bangga dengan kegigihannya)


 
cop kastam meluluskan penerimaan Medela Freestyle 
di KLIA


 
cover depan kotak Medela Freestyle


 
cover belakang kotak Medela Freestyle



 
Inilah antara alat-alat pam Medela Frrestyle. 
Banyak tak? 
Memang berbaloi membelinya...


adapter dan motor freestyle


breastshield spare parts kit


hands-free straps, hands-free adapter, tube


 
5 oz. BPA-free bottles


 
belt


 
manual books


 
cooler bag

 
tote bag

Coretan oleh :
MINI ME



15 comments:

  1. semoga usaha dan kerajinan ibu emy efy eqy mengepam berbaloi dgn pump yg dimiliki..canggih tu.. ummiamsyar pun mengidamkannyer..

    ReplyDelete
  2. wah..meriahnyer...semoga hasrat murni ini akan berjalan dgn jayanyer.....siti pun cm tak sabr nak tunggu 2nd baby....nak fully BF coz 1 st baby tak tahu sgt ,..hnya smpai 7 bulan je

    ReplyDelete
  3. beli dgn aisyah ek? minah tu best fren lia lps jejak kaki dunia bf nih he3 walhal xkenal pon tp boleh jadi kamceng sbb sama minat ;p

    selamat wat stok..

    ReplyDelete
  4. ya Allah syoknya.......... mimpi lom jadi kenyataan nk freestyle lom mampu lagi. skang bersyukurlah guna S3 tu poon bli 2nd hand ajer..... keep pumping for our babies.... semoga mereka menjadi anak soleh n solehah

    ReplyDelete
  5. Selamat mengepam dengan penuh kasih sayang...



    Tiba-tiba ku meraba dadaku....bagai masih terasa-rasa denyutan pam begitu 9 tahun yang lalu..he..he..he..

    ReplyDelete
  6. @MrsAdi a.k.a June
    terima kasih ummiamsyar. doakan kak wa berjaya menyusukan aqil sepenuhnya ye.

    ReplyDelete
  7. @Siti @ nurie
    thanks byk2. doakan kejayaan kak wa ye. 2nd baby nanti kuatkan semangatmu untuk menyusu sepenuhnya ye...

    ReplyDelete
  8. @lia
    ye ke? memang best beli dgn aishah. dia take care betoi dgn customernya...

    thanks, lia. doakan stok susu akak cukup untuk Aqil ye...

    ReplyDelete
  9. @puan punyer

    alhamdulillah. pam apa jenis pun yang kita guna, namun yang penting keikhlasan kita menyusukan anak...

    sama2lah kita membesarkan anak dgn susu yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  10. @xiiinam

    thanks ckLaH. doakan saya supaya berjaya menyusukan anak dan dapat menyimpan stok dgn byk ye.

    walaupun kenangan menyusukan anak ckLaH telah lama berlalu namun sekurang2nya ckLaH pernah menyusukan anak 9 tahun yang lalu. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. salam...jalan2 cari idea...terus jumpa blog ni...huhuhu...sayapun beli FS dari kak aishah...best kan guna FS...tp tang bunyi ajer..huhuhu tak tahan...

    ReplyDelete
  12. @izzahazfar
    aha... memang moto medela ni berbunyi sikit. tapi akak tak kisah asalkan dapat stok susu yang lumayan.

    sama2lah kita mengepam ye.

    ReplyDelete
  13. salam. nak join group fs bleh....... hehehe. baru dpt gak. elok2 masa dlm pantang. sgt membantu melegakan engorgement/bengkak susu. suction mmg best. worth it to buy.

    ReplyDelete
  14. salam ceria...macam menarik aje bunyinya

    ReplyDelete