September 4, 2010

Roh di bulan RAMADHAN

Walaupun AKU memiliki dua orang opah dan dua orang tok, namun yang sempat ku lihat hanyalah wajah opah Lan, opah Dah dan tok Din. Tok Darus dah lama meninggalkan dunia ini. Masa tu abah pun belum kahwin dengan mak. Antara mereka berempat, opah Lan yang paling AKU sayang sebabnya dia yang menjaga AKU dan adik-adik sejak kami kecil lagi. Tapi yang paling penting lagi sebabnya opah Lan sentiasa suruh AKU belajar tinggi-tinggi, setidak-tidaknya ada segulung ijazah. Kadang-kadang AKU geram jugak kat opah Lan sebabnya selalu beza-bezakan AKU dengan adik-adik. Mentang-mentanglah AKU ni kurang pandai... Kadang-kadang AKU marah jugak dengan sikap opah Lan yang agak materialistik.
Pada tahun 2007, AKU dapat memegang scroll sijil ijazah, dapat pakai jubah dan dapat pakai topi empatsegi (mortar). Semua ini rezeki yang ALLAH beri kepadaKU dan berkat doa suami, mak, abah, mertua dan keluarga. KALAUlah masa ini opah Lan ada, mesti dia gembira kerana tak sangka cucunya yang paling nakal satu ketika dulu dah pun berjaya.


Tiba-tiba hatiKU sayu...Terkenang arwah opah Lan.
Damaikah arwah di sana???
Opah, akak rindukan opah.
Opah pergi buat selama-lamanya ketika AKU masih dalam pantang melahirkan aiMaN.
Hanya doa dapat Ku kirimkan ketika itu kerana tidak dapat melihat wajahnya buat kali terakhir...
(12 Mac 2003...dalam kenangan)
Al-Fatihah buatMU.



" Walau setinggi mana kasih sayangku,
sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damailah engkau di sana 
di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat 
yang telah pergi mendahului KU "



Menurut satu hadis Rasulullah menceritakan...

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabat dan saudaraku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang telah menghadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, maka terputuslah ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Wallahualam......

MINI ME

8 comments:

  1. al-Fatihah buat yg telah pergi.

    (suka layout font blog ni. clear, senang nk baca.)

    :)

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah. Sy kehilangan ubu tersayang 2 thn lps, setiap kali tiba Ramadhan dan Syawal, teringat pd arwah ibu.

    ReplyDelete
  3. @Syigim
    terima kasih Syigim. Sama2lah kita mendoakan semua muslimin dan muslimat yang telah pergi.

    ReplyDelete
  4. @transformed housewife
    ye ke?
    sabar ye. kak wa doakan semoga roh ibuMU dicucuri rahmat sentiasa...

    ReplyDelete
  5. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya kak!!
    alamak,..saya pulak rasa nak nangis pulak dah..teringat arwah tok saya..

    ReplyDelete
  6. @Nia
    terima kasih Nia.
    Sama2lah kita berdoa semoga roh mereka yang telah pergi dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  7. sedih jer baca entry nie..sabar ya ibuwawa.

    ReplyDelete