May 1, 2011

Resepi Kasih Ibu...

Ahad minggu hadapan iaitu 8 Mei 2011 adalah HARI IBU. Maka sebelum terlupa, ibu Wawa ingin memberi satu resepi khas buat wanita-wanita bergelar IBU...


RESEPI KASIH IBU

250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan } bahan inti
50 biji kebijaksanaan
4 camca serbuk garang
3 camca serbuk nasihat

Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat
1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam
    mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh sokongan. Uli
    perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan
    keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya.
    Hiris dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik,
    bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.


Selamat mencuba resepi ini ikhlas daripada,
bibir

0 SWEET COMMENT: