August 27, 2009

ANAK SAUDARA PERTAMA, anak susuanku...

New Baby Myspace Comments

Tanggal 22 Ogos 2009, jam 10.34 pagi lahirlah seorang khalifah di bumi ini. Khalifah yang dimaksudkan ialah anak saudara pertamaku... Bayi seberat 3.4kg ini telah selamat dilahirkan secara pembedahan oleh adindaku Shida. Bayi ini diberi nama MUHAMMAD WAFI oleh bonda dan ayahanda tersayang, Noorshida dan Khairul Mursyidi.


Pertama kali aku melihatnya di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan Ipoh Perak, agak teruja juga hatiku kerana tubuh badannya lebih kurang sama dengan anakku yang berumur 2 bulan. Disebabkan adindaku bersalin secara pembedahan, aku lah yang mengambil alih tugas sebagai ibu kepada Wafi beberapa hari ini. Yang paling menyeronokkan aku ialah aku telah berbakti kepada adikku dengan menjadi IBU SUSU kepada anaknya. Aku benar-benar ikhlas menyusukan Wafi. Setelah 3 hari bersama Wafi, hari ini aku pulang ke rumahku semula. Tiba-tiba airmata ku meleleh pabila teringatkan Wafi. Inilah agaknya dikatakan naluri ibu walaupun aku hanya ibu susunya. Moga-moga Wafi akan ingat aku sebagai ibu susunya apabila dia besar kelak...


5 comments:

  1. sungguh mulia hati kak Wa nih...menjadi Ibu susuan pada anak saudara sendiri plak tuh..moga Allah melimpahkan rezeki buat kak Wa sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....beruntung baby tu..saya dapat menyusukan bb saya seminggu..lepas tu saya pam bagi thru bottle sebab nipple sakit,cracked,luka,both nipple lak tu..smpi 1 ketika,otw to GH nk hantar bb warded jaundice,bb nyusu sampai nipple kuar darah,bb muntah blk susu yg b+ darah yg dia dh minum..nipple sakit sgt..x thn..anak 1st dulu pun sama jgk mslhnyer tp myb becoz ni bb boy,kuat ngopek, lg sakit..my breast besar,aerola pun besar,so kdg tu bb hisap kt nipple..aduis...smpi skang dh 3weeks+,still bg susu formula+BF yg di pam..kalau pam sehari dapat la 2-3oz..cam sedih lak..skang nipple dah x sakit, dh mula la nk bg bf, tp susu cam dah sikit..
    saya try mkn halba (yg dicampur dlm mknn),buah kurma,minum byk air, tp still camtu..sedih la..sian bb...

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas doamu itu...

    ReplyDelete
  4. @MzWonderpets
    janganlah sedih, ada hikmah disebalik yang berlaku. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

    ReplyDelete
  5. salam, wa..susah nyer nk cari wa nye blog..nama blog dah tukar tp akak cari gak..hah jumpa pun.

    wahwah dah jd ibu susu plak..si shida dah ada anak dah pun yea..alhamduillah..berkembang keluarga.dia ke london ke? banyak nye nak citer kat wa..bila lah nk jumpa kan??

    ReplyDelete