August 15, 2009

AWARD buat "PENA MATA BULAT"

Sudah dua malam aku berchat dengan rakan blogku, pn-iena (pena mata bulat). Dari susun atur katanya, sudah pasti dia adalah seorang isteri dan ibu yang penyayang. Bukannya apa, aku betul-betul minat tengok blognya. Bila membuka blog "pena mata bulat", terasa seperti ada ketenangan di dalamnya. Smileys Selain tu, blog "pena mata bulat" sentiasa berubah hiasannya yang ala...ala...cartoon. SESUAI betul dengan JIWAku.
Malam ni, aku dapat pelajaran baru mengenai blog. Seperti yang ku ceritakan, blog "pena mata bulat" menjadi PUJAAN HATIKU. Jadi, aku nak beri AWARD pada penulis blog ini iaitu pn-iena. Tapi aku tak tahu caranya. Maklumlah baru berjinak-jinak dengan dunia blog tak sampai 2 bulan pun. Smileys Entah macamana seperti ada satu daya tarikan untuk aku membuka semula blog "pena mata bulat". Alangkah seronoknya Smileyshati bila aku lihat pn-iena tengah online kat internet. Apa lagi, aku pun terus bertanya padanya cara untuk hantar AWARD ke blog "pena mata bulat". Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghantar AWARD kepada pn-iena. Yahoo!!! Bestnya...  

Nak tengok ke AWARD yang aku hantar kat pn-iena??? Walaupun tak cantik, namun aku IKHLAS nak beri. "pn-iena terimalah AWARD ini seadanya daripada amy afy aqy. inilah titik permulaan persahabatan kita".
Smileys

Jika ada kawan-kawan yang sudi membuka blog "selagi IDEA mencurah" akan ku hadiahkan AWARD kepadanya. TERUTAMA sekali pembaca yang mula-mula menjadi FOLLOWER aku.
Smileys



0 SWEET COMMENT: