September 7, 2009

∂υgααη вєѕαя ∂ι вυℓαη яαмα∂нαη


Tengah hari tadi, aku dikejutkan dengan satu mesej mengenai kemalangan suami rakanku di Klang. Tidak puas rasanya hati jika hanya membaca mesej di telefon. Maka aku memberanikan diri mendail nombor telefon bimbit kak Ina. Alhamdulillah, kali pertama aku mendengar suara kak Ina, seakan-akan ketenangan menyelubungi dirinya. Aku cuba mendapatkan cerita kemalangan abang Mi dengan jelas.
Rupa-rupanya abang Mi telah dilanggar oleh sebuah lori. Tetapi tiada saksi yang berani tampil untuk membuat laporan polis, seolah-olah kemalangan ini "langgar lari". Siapalah pemandu lori yang sanggup berbuat begitu. Abang Mi  mengalami retak di bahagian kepala dan rosak di bahagian hatinya.

Sudah 5 hari abang Mi berada di ICU HOSPITAL AMPUAN RAHIMAH Klang. Disebabkan pendarahan di dalam kepala abang Mi, darah masih keluar melalui telinga dan hidungnya. Bilakah keadaan abang Mi akan pulih?
Aku benar-benar bangga dengan ketabahan hati kak Ina. Di saat ini, semangat kak Ina amat diperlukan supaya anak-anak tidak merasa sedih dengan segala yang berlaku kepada abah mereka. Belum tentu lagi, aku akan setabah kak Ina sekiranya aku di tempatnya. Begitu berat dugaan yang ALLAH berikan kepada keluarga kak Ina di kala semua insan bergembira berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
Kak Ina, Wa sekeluarga sentiasa mendoakan semoga abang Mi cepat sembuh. Ummi Ina jangan sedih ye. Kepada rakan-rakan blog yang membaca blogku ini, ku pohon sama-samalah kita berdoa semoga suami rakanku ini cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya seperti sediakala. A.....min.





9 comments:

  1. Salam kak..
    kite pon mendoakan smoge suami kak ina cpt sembuh..mmg tabah la k.ina..semua yg berlaku ada hikmahnya tu kak..

    ReplyDelete
  2. terima kasih mummyseri di atas doamu itu. hanya ALLAH sahaja yang tahu segala-galanya...

    ReplyDelete
  3. harap2, suami kak ina akan segere sembuh..semoga dia tabah menghadapi ujian dari Allah..

    ReplyDelete
  4. terima kasih siti @ nurie. sama-samalah kita berdoa.

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..

    cantiknyerr blog ni..

    kesian pada abg Mi tu.. semoga cepat sembuh yaa. :)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal kak.
    Nice n sweet blog.
    Tabah hadapi semua dugaan ok.
    Senyum :)

    ReplyDelete
  7. @Siti @ nurie
    terima kasih di atas doamu itu.

    ReplyDelete
  8. @sis_nita
    janganlah puji sangat. nanti koyak baju saya ni...

    thanks di atas doamu itu. sama2lah kita berdoa...

    ReplyDelete
  9. @UcU mAnjA
    thanks sbb puji blog akak. thanks juga sbb sudi ziarah.
    doakan abang Mi ye.

    ReplyDelete