September 7, 2009

NuZuL aL-QuRaN



Peristiwa nuzul al-Quran  berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah manakala al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW yang memberi makna yang terlalu besar kepada umat Islam dan manusia.
Perihal Al-Quran:
Jumlah juz: 30 juzuk.
Jumlah surah: 114 surah yang dimulai dengan Al-Fatihah dan di akhiri dengan An-Naas,
Jumlah ayat : 6 236 mengikut pendapat Ali bin Abi Tolib r.a dan inilah pendapat yang paling tepat.
Jumlah ayat dalam setiap surah: Antara 3 hingga 286 ayat.
Jumlah lafaz "Allah": Disebut sebanyak 2 696 kali.
Ayat pertama yang diturunkan : "iqra' bismirabbika" hingga ayat kelima "malam ya’lam", dengan ayat ini bermula kenabian.
Ayat terakhir yang diturunkan : "alyauma akmaltu lakum diinakum wa atmamtu ...." mengikut pendapat yang paling tepat.
Surah pertama diturunkan secara sempurna : Surah Al-Muddath-thir dengan surah ini nabi S.A.W. telah dilantik sebagai rasul.
Tempoh kenabian dengan turunnya ayat "iqra;" hingga dilantik sebagai rasul dengan Surah Al-Muddath-thir : 40 hari 40 malam.
Tempoh penurunan Al-Quran: 22 tahun 2 bulan dan 22 hari bersamaan dari sekitar tahun 610 hingga 632 Masihi.
Tarikh wahyu (ayat) pertama : Malam Isnin 17 Ramadhan tepat pada 6 Ogos 610 Masihi ketika Nabi S.A.W. berumur 41 tahun.
Tarikh wahyu (ayat) terakhir : 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah ketika Nabi berumur 63 tahun iaitu 81 hari sebelum beliau wafat.
Tempat wahyu (ayat) pertama : Gua Hira', Mekah
Tempat wahyu (ayat) terakhir : Padang 'Arafah sewaktu Nabi S.A.W menunaikan haji wida'.
Ayat terpanjang : Ayat 282 dari Surah Al-Baqarah
Ayat terpendek : "haa miim" dan "too haa"
Kalimat / perkataan terpanjang : Lafaz "fa asqoinaa kumuuhu" dalam ayat 22 dari Surah Al-Hijr yang mempunyai 11 huruf.
Surah terpanjang : Surah Al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat, 6021 kalimat dan 25 000 huruf.
Surah terpendek : Surah Al-Kauthar yang mempunyai 3 ayat, 10 kalimat dan 42 huruf sahaja.
Surah yang pada setiap ayatnya tersebut lafadz "Allah" : Surah Al-Mujadalah yang memulai juz ke 28
Surah yang diturunkan di Mekah: 84 surah mengikut sebahagian 'ulama. Ini berlaku dalam 12 tahun 5 bulan dan 13 hari.
Surah yang diturunkan di Madinah: 30 surah pada sebahagian pendapat. Ini berlaku dalam 9 tahun 9 bulan dan 9 hari.


0 SWEET COMMENT: