December 3, 2009

Buai... Buai KU Laju!












Photobucket

Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama sangat majlis ni berlangsung baru nak buat entry kat blog. Al-kisahnya aku ni sibuk sangat dengan kerja-kerja di sekolah yang perlu disiapkan sebelum tamat persekolahan tahun 2009.


Pada 8 November 2009 (AHAD), adalah Majlis Marhaban dan Aqiqah puteraku yang ketiga iaitu MUHAMMAD AQIL SUFI dan putera susuanku iaitu MUHAMMAD WAFI. Masa majlis ni berlangsung, AQIL berumur 4 bulan manakala WAFI berumur 2 bulan.


"AQIL tunggu WAFI naik buai sama-sama. Maklumlah kita kan adik-beradik".


Tapi biasalah jika baby seumur AQIL ni mesti tak lama naik buaian. Tak sampai 10 minit, AQIL dah nangis nak keluar buaian. Penat ibu dan mak Lang bersengkang mata buat buaian. Apapun kepenatan kami berdua diubati dengan mood WAFI. WAFI tak de masalah masa naik buai. He is a cool boy. Tambahan pula umur WAFI baru 2 bulan.


Antara lauk-pauk kenduri ialah kurma daging kambing, ayam goreng rempah, daging carik-carik masak hitam, dalca ayam, ulam-ulaman, sambal tempoyak masak, nasi minyak, nasi putih, air oren dan bubur kacang. Tapi tak sempatlah nak snap gambar sebab sibuk beri bunga telur kat tetamu yang hadir...


Inilah antara gambar-gambar yang berjaya di snap masa majlis ni. Marilah sama-sama kita cuci mata ye.


♥  kek hari jadi ni adalah kek sempena birthday aku dan adik ketigaku.
♥  kami bersantap dengan kek ni masa tengah nak buat buaian marhaban.
♥  kek ni kek coklat dengan pisang dari Secret Recipe tau...
♥  gambar yang ada telur tu, adalah antara aktiviti malam sebelum Majlis Marhaban & Aqiqah yang perlu disiapkan. kalau tak alamatnya, tetamu tak dapat bunga telurlah...


♥ gambar kiri adalah buaian AQIL yang separuh siap.
♥ gambar kanan pula adalah buaian WAFI yang suku siap.
♥ aktiviti membuat buaian ni bermula kira-kira pukul 11.00 malam dan berakhir pukul 4.30 pagi. Mengantuk sungguh!


♥ Setelah bersengkang mata kira-kira 5 jam setengah, akhirnya inilah buaian marhaban AQIL dan WAFI sentuhan adik ketigaku dan aku. Cantik tak?


♥ Inilah antara cenderahati tetamu yang hadir ke Majlis Marhaban dan Aqiqah AQIL & WAFI.
♥ Bunga telur untuk tetamu dewasa, ada 3 warna yang berbeza iaitu maroon, pink dan purple.
♥ Coklat pula khas buat tetamu kanak-kanak yang hadir.


 
♥ Ini pula, gambar sekitar majlis Marhaban berlangsung.
♥ Gambar kecil dua dari atas ialah gambar ibu mertua adikku (nek mak WAFI) berbaju kurung ungu.
♥ Gambar kecil kiri bawah ialah gambar cik abang dan putera keduaku MUHAMMAD AFIQ NAWFAL.


 
Apalah agaknya yang sedang difikirkan oleh AQIL di dalam buaian.
"Ibu, AQIL dah dahagalah... Nak minum susu..."


 
Inilah anak susuanku, WAFI. Cool aje wajah WAFI, siap pandang kamera lagi...
"Ibu WaWa, WAFI suka baring dalam buaian ni sebab luas dan sejuk"


Alhamdulillah majlis ini berlangsung dengan lancar 
atas izin ALLAH (SWT).
Kepada semua tetamu yang hadir kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga.



Coretan oleh :
MINI ME



12 comments:

  1. semua org sebok skang ni. maklum ler..zaman milenium, hehe.

    ReplyDelete
  2. Gorgon from pluto planetDecember 4, 2009 at 2:05 PM

    meriahnya mejlis ni...

    cantik buaian aqil dan wafi.

    tak mahu buka kedai macam cradle N all ke?

    ReplyDelete
  3. Salam,wah bestnye siap Marhaban sekali.

    ReplyDelete
  4. kak Wa..cantiknya buaian budak2 tuh!! pndai akak buat. next time ade baby nk tiru idea ni leh (oh..tp tgn tak kreatif mcm mane nak buat)..hehehhee..

    br tau kak Wa ade anak susuan..semoga bertmbah murah rezki yerk..=D

    ReplyDelete
  5. wafi ni tinggal sekali ke tinggal ngan mak dia??? tak berebut ker time menyusu tu??

    ReplyDelete
  6. cantiknya buai wawa... Chik Na kalu dapat baby baru nak buat buai cam wawa jugak lah...

    ReplyDelete
  7. @CINTAMANISZ Lite
    dulu, cikgu mengajar je. sekarang macam2 kerja boleh buat terutamanya kerani...

    ReplyDelete
  8. @Gorgon from the pluto planet
    tak cukup modal lah...

    ReplyDelete
  9. @um. masyitah
    abang2 aqil semuanya buat marhaban. maka aqil pun kenalah buat. nanti tak adil pulak...

    ReplyDelete
  10. @lily azliyana @mama zara
    boleh...boleh... buaian akak ni simple aje sebenarnya...

    thanks mama zara. doakan wafi ingat ibu wawa nya ye...

    ReplyDelete
  11. @anamarza
    sekarang ni wafi tinggal dengan mamanya di sheffield, UK.

    tinggallah ibu wawa nya di Malaysia...

    sedih tau sbb anak jauh di perantauan.

    ReplyDelete
  12. @Chik Na
    boleh, apa salahnya. saya berkongsi2 idea dengan semua orang...

    ReplyDelete