December 8, 2009

PenGuBaT RiNDu

AdikKU yang ketiga (PIZAH) telah membuat kejutan kepada mak... Fizah ni tak pernah berkira sangat tentang hal kewangan. Maka dengan murah hati, Fizah telah menghadiahkan sebuah desktop baru jenama DELL iaitu INSPIRON ONE 19 buat mak tercinta.  Komputer yang ada di rumah mak dah lama sangat... kalau nak buka satu-satu program kat komputer ni, alamatnya sempat goreng telur mata kerbau sebijik. Punyalah lamanya nak buka...

Nak tahu tak kenapa FIZAH ini bersungguh-sungguh menghadiahkan desktop ni? Begini ceritanya... Adik keduaku (SHIDA) baru  pergi ke Sheffield, United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya peringkat PHD yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Adik keduaku ini adalah mama kepada anak susuanku, WAFI. Disebabkan mak terlalu rindukan WAFI dan nak lihat wajah WAFI seolah-olah WAFI berada di Malaysia, maka adik pun membeli desktop ini supaya mak boleh ber"video call" dengan SHIDA, WAFI dan KHAIRUL.



"BUAT MAK, LEPAS NI BOLEHLAH MAK BERHUBUNG DENGAN WAFI 
SECARA LANGSUNG.
MOGA-MOGA USAHA KAMI 

TERUTAMANYA FIZAH,
DAPAT MENGUBAT RINDU MAK 

TERHADAP WAFI".

Inilah antara wajah-wajah INSPIRON ONE 19...

p/s: klik pada image untuk zoom in dan zoom out







Coretan oleh :
MINI ME



32 comments:

  1. wahhh bagusnyer...

    Alhmdlh...

    kalau ada rezeki lebih, mmg patut pon cuba capaikan apa yg mak nak kan... lg rasa berbaloi2 duit tuh...

    mcm mak lia, p main game ha3...

    ReplyDelete
  2. waa..cayalah..untung mak akak dpt lappy Dell baru. mak sy nak guna pc pon tk reti.mklumla..org kg..hehehe

    pasni lehla nenek tgk muka wafi hari2 kan..=D

    ReplyDelete
  3. @lia
    kak pun setuju dengan pendapat lia.

    ReplyDelete
  4. @CINTAMANISZ Lite
    aha... tak rugilah mak jaga fizah paling susah masa kecil dulu.

    ReplyDelete
  5. @lily azliyana @ mama zara
    mak akak biasa2 je... dia hanya laju menaip sbb masa muda2 dulu belajar menaip. anak2 yang bantu mak guna internet.

    demi anak menantu dan cucu, mak akak sanggup belajar walaupun susah...

    ReplyDelete
  6. Hi salam kenalan..Welcome u to visit my http://anagallery-suhanaoct.blogspot.com...Nice to meet u :)

    ReplyDelete
  7. wah bestlah... dapat pc baru...
    seronok betul..

    ReplyDelete
  8. Wahhhh... Alhamdulillah! Kalau nak bersedekah, memang patut didahului kaum keluarga. Boleh dicontohi tu ...

    ReplyDelete
  9. Oh lupa pulak!! Jomlah join kontes hebat Hidup Berani Untuk Gagal. Nanti bolehlah kita share RM10 duit for referal tu. Jom ler ... k

    ReplyDelete
  10. sejuk perut ibu mengandung..td akak p tmpat juai laptop,semua kaler ada.gerammm akak tgk.semua nmpak cntik

    ReplyDelete
  11. ya allah..baik nya hati fiza...sejuk ibu mengandung ☺

    mesti mak sgt la hepi kan

    ReplyDelete
  12. @Anna
    nice to meet u 2.
    nanti saya jelajah blog anna.

    ReplyDelete
  13. @Nor Aishah
    Aha... hadiah istimewa siapa yang tak nak kan?

    ReplyDelete
  14. @Precious
    Keluarga adalah segala-segalanya di dunia ini...

    Tentang contest tu nanti saya baca syarat2nya dulu...

    ReplyDelete
  15. @shas
    terbalas juga penat lelah mak membesarkan Fizah masa kecil dulu...

    kak shas tak beli ke satu laptop yang baru. pilihlah warna merah, barulah mengancam...

    ReplyDelete
  16. @E.L.I.Z.A
    kak wa harap mak hepi sesangat2nya...

    moga2 Fizah sentiasa bermurah hati.
    a...min.

    ReplyDelete
  17. komputer & internet mmg penting la sbg medium utk berhubung tmbh2 kalau ada ahli keluarga yg duk di luar negara. sekrg2nya dgn video call, terubat la skit rindu tu :)

    ReplyDelete
  18. @Nadiah Sidek
    harap-harap begitulah...

    bukannya apa, mak akak rindu nak lihat wajah cucunya, Wafi.

    ReplyDelete
  19. mesti maknya gembira tak terkata dapat hadiah ni kan..

    ReplyDelete
  20. berbaloi2 rasanya bila dapat tunaikan impian Mak

    ReplyDelete
  21. waaaaa sejuk perut ibu mngandung..xpe berabis utk org tua kt..Allah akn gnti blik stiap sen yg kuar:)skali pasni ur mom bole jadi blogger tegar..ekekek:p

    ReplyDelete
  22. @Orked
    memang pun. tak terkata mak akak bila nampak desktop canggih ni dibeli khas buatnya.

    ReplyDelete
  23. @puan punyer
    alhamdulillah...moga rezeki Fizah semakin bertambah.

    ReplyDelete
  24. @[-suziey-]
    entahlah. mak akak ni lama2 duduk depan komputer pun sakit mata katanya...

    ReplyDelete
  25. @[-suziey-]
    entahlah. mak akak ni lama2 duduk depan komputer pun sakit mata katanya...

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah..moga Allah akan menambahkan dan memurahkan rezeki Fizah ni lagi nnt..amin :)

    cantik lah laptop tu..ter berkenan pulak

    ReplyDelete
  27. aduhh bertuahnye dapat anak camtu ek.. (ceh bab pezen bertuah slalu muahahaha)..ilang rindu neneknye kan

    ReplyDelete
  28. Salam..
    Dengan kemodenan yg ada sekarang ni, jauh mana pun senang jek berhubungan..
    Gunakan kecanggihan yg ada..

    ReplyDelete
  29. @ibu_arifa
    hendaknya begitulah ibu arifa. doakan ye.

    ReplyDelete
  30. @Ena Qalinsya
    mudah-mudahan begitulah hendaknya...

    ReplyDelete
  31. @LotsOfLove-Pearls
    betoi tu. rugi kalau tak ikut perkembangan semasa.

    ReplyDelete