December 27, 2009

SiNa @ KHaLDuN

Sekuat mana pun hati IBU, di kala sunyi, diriku tetap berkata-kata seorang diri... Adakah anakku tak pandai, tidak seperti anak orang lain?

Januari 2010 ini, anak sulungku akan melangkahkan kakinya ke alam persekolahan sekolah rendah. Semasa pendaftaran 23 November 2009, aiMaN telah menduduki ujian diagnostik untuk menentukan kelas tahun 1 sama ada dia memasuki kelas 1 Ibnu Sina atau 1 Ibnu Khaldun.
Setelah sebulan iaitu pada 23 Disember 2009, suamiku pergi membawa aiMaN ke sekolah untuk membayar yuran. Aku tidak ikut serta kerana dua lagi anakku selsema. 

Bila mereka pulang, aku terus bertanyakan kepada suamiku.
"aiMaN dapat masuk kelas apa?" 
"Kelas 1 Ibnu Khaldun", balas suamiku.
Aku terus tergamam. Bukannya apa, sedih juga masa tu sebabnya 1 Ibnu Khaldun adalah kelas kedua terbaik. Entah macamanalah aiMaN jawab soalan-soalan ujian diagnostik hari tu.

Kemudian aiMaN bertanya padaku.
"Ibu, kenapa aiMaN masuk kelas 1 Khaldun. Opah kata kelas Khaldun tu kelas budak tak pandai. Maknanya aiMaN ni tak pandailah ye ibu".

"Siapa kata anak ibu tak pandai. Ibu lambat daftar aiMaN kat sekolah ni. Kelas Sina dah penuh. Itulah sebabnya aiMaN kena masuk kelas Khaldun".
"Ooo. Ye ke ibu".
Memanglah alasanku itu munasabah juga sebabnya sebelum ni aku dah daftarkan aiMaN di sekolah kawasan rumahku. Disebabkan kesungguhan tuk dan opahnya nak masukkan aiMaN di sekolah opahnya mengajar, maka aku dan suami turutkan saja.
Masa pendaftaran, nama aiMaN dimasukkan di kelas Khaldun sebab lambat daftar tahun 1. Aku dan opahnya menyangka jika aiMaN boleh jawab soalan ujian diagnostik, adalah peluang dia masuk kelas 1 Ibnu Sina.
Rupa-rupanya, aiMaN masih di kelas 1 Khaldun.

Walaupun hatiku agak terluka dengan prestasi pembelajaran aiMaN namun suamiku memujuk dengan mengatakan bahawa, 
"aiMaN akan berjaya juga. Cuma dia lambat sikit saja daripada kawan-kawannya yang lain. Yang penting kita kena selalu beri dia semangat dan percaya dengan keupayaannya".

Aku pun memanggil aiMaN. Sambil memeluk aiMaN, aku pun meluahkan rasa hatiku.
"aiMaN sayang ibu kan?

"Sayang. Kenapa ibu?

"aiMaN jangan sedih ye sebab tak dapat masuk kelas 1 Sina. aiMaN jangan malu ye masuk kelas 1 Khaldun. aiMaN dan kawan-kawan di kelas Khaldun bukannya bodoh, cuma kurang pandai sikit je".
"Boleh tak aiMaN janji dengan ibu, aiMaN akan cuba belajar sungguh-sungguh dan masuk kelas Sina".
Tiba-tiba ku rasa tanganku basah. Rupa-rupanya aiMaN menangis...
Jauh di sudut hati aiMaN, dapat ku rasakan bahawa walaupun dia amat aktif, tidak bersungguh masa belajar, suka main games, namun dia juga mempunyai impian untuk BERJAYA.
Dengan suara yang perlahan, aiMaN berkata,
"Ibu, aiMaN nak belajar sungguh-sungguh sampai dapat masuk kelas Sina. Bolehkan Ibu".
"Boleh", jawabku sambil memeluk aiMaN dengan erat...
Selama hampir 7 tahun aiMaN lahir ke dunia, inilah kali pertama aku mendengar kata-katanya yang amat sayu. Sejuk perutku mengandungkan dia satu masa dulu...




"Ya ALLAH, Ya Tuhanku, 
berikan semangat yang kental kepada anak sulungku ini 
agar dia dapat meneruskan hidupnya 
menjadi insan yang soleh dan berjaya kelak". 



"Tiada apa yang dapat mengembirakan hari seorang ibu 
selain melihat kejayaan dan kebahagiaan anaknya"






Coretan oleh :
MINI ME



14 comments:

  1. belum blh dinilai prestasi aiman kak. sy percaya aiman tu bdk cerdik. sy dulu ms darjah 1 bkn masuk kelas pandai pun tp bila masuk darjah 5, masuk kelas no.1 sekali. kelas bkn pengukurannya kak :)

    ReplyDelete
  2. betul tu..kelas bukan pengukur kejayaan. lagipon aiman baru tahun 1. masih ada masa untuk memajukan diri n berjaya..tp kesian jugak bile tahun 1 dah ada perbezaan kelas. semoga aiman tk cepat putus asa..=)

    ReplyDelete
  3. salam kenal,

    pandai bukan di ukur dok kelas mana?
    yg penting knowledge yg boleh dia serap nanti.

    anak2 sedara kakyong 2 org bersekolah cina, dok dlm kelas yg corot sekali sejak darjah 1, tp banding dgn anak sedara yg sekolah biasa.. depa nampak lebih 'bijak', bijak x boleh diukur dgn prestasi kelas @ markah exam.

    all the best ya..

    ReplyDelete
  4. alamak...error la..eli xleh baca entri akak...tgk komen dr rakan bloggers ni mcm psl kelas..xtau nk komen..nnt eli dtg lg, baca entri akak so baru leh bg komen k ☺

    ReplyDelete
  5. @Nadiah Sidek
    terima kasih Nadiah. doakan anak akak berjaya satu hari nanti ye...

    ReplyDelete
  6. @lili azliyana @ mama zara
    terima kasih atas sokongan mama zara. doakan agar aiMaN tak putus asa ye.

    ReplyDelete
  7. @kakyong
    harap2 masinlah kata2 kakyong. doakan aiMaN ye. thanks.

    ReplyDelete
  8. @E.L.I.Z.A
    it's ok. jangan lupa komen lagi ye.

    ReplyDelete
  9. akak faham apa ina rasa,bukan malu,tapi sedih,kesian kat ank kita yg lebih,betul tak?
    takpa,buktikan nanti!Macam Angah dulu tu...
    Anak saudara akak dulu darjah 2 baru boleh membaca,PMR baru ni dpt 8A.Sebenarnya terlalu awal nak mengukur prestasi budak2 ni.Aiman plak,jnis aktif,belum penuh tumpuan lagi.

    ReplyDelete
  10. sedey saya baca n3 akak ni...

    saya tabik aiman sbb mampu meluahkan perasaan mcm org dewasa... berfikir umpama sudah matang wpon baru berusia xmasuk 7tahun...

    itukan tanda aiman bijak, kak...

    kelas bukan penentu kak... dan saya xpenah sokong perbezaan kelas sbb saya penah terkena masa kecik, mmg rsa down...

    ReplyDelete
  11. salam kak ..ye la sedih plak baca n3 akak ni..
    botol ckp dorang sume kelas bukan ukurannya..
    yg pnting aiman mmg da ada kesungguhan nak belajar rajin2..
    smoga aiman berjaya n jadi anak yang soleh kak..

    ReplyDelete
  12. Norhasliza Muhamad Noor
    Norhasliza Muhamad Noor
    masih terlalu awal nak menilai kak.. anything can happen.. doakan yang terbaik untuk si abang. kelas yg mana bukan mencerminkan 100% anak tu kak

    ReplyDelete
  13. terkedu n bergenang air mata sy baca post ni.even anak sy kecik lagi, mungkin sy pon akan alami benda yg sama bila anak dah masuk sekolah nnti..

    tak semestinya masuk kelas corot tak pandai..
    pada tahap satu ni..kita tak dapt nak nilai ape2 lagi..

    kita tgk nanti..
    sbb budak lelaki ni..masa mula2 je nampak tak cerdik..tgkla nnti..if dia betul2 concentrate dalam kelas..insyaaALah..leh berjaya

    tapi tula, ati ibu mana tak sedih kan bila ada org cakap anak kita tak pandai..hurmmm...*sigh*

    pernah dengar produk examo tak?
    bagus untuk minda.
    bayi seawal 2 bulan dah boleh di beri..my rafiq pon bulan depan baru nak bagi..dia cair dalam mulut.

    anak buah sy salah satu testimoni yg berhasil. dia dapt bercakap 3 suku kata masa dia masih kecil. sekarang umur 5 tahun. tidak pelat langsung..baca doa makan & alfatihah mcm org dah masuk skolah darjah satu...mungkin kesan ubat itu & yg pasti, atas keizinan Allah..:-)

    ReplyDelete
  14. Anak sekecik ni pun dah diberi tanggungjawab berat oleh ibu yg malu jika dikata anak tak tak pandai...

    ReplyDelete