December 14, 2009

SuNYi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati



HARI INI ADALAH HARI LAHIR SEORANG RAKAN SEKOLAHKU 
DAN JUGA RAKAN BLOG YANG AMAT BERSEMANGAT 
MENGUMPUL KOLEKSI PINGGAN MANGKUK LAMA IAITU KAK SHAS-koleksi warisan bonda


Pada tahun 2010 ni, meja sekolahku tidak lagi bersebelahan dengan meja kak shas kerana permohonannya bertukar sekolah telah berjaya...

Kadang-kadang hatiku berkata "kan best kalau kak shas tak dapat tukar"

Tapi bila difikir-fikirkan semula kak shas dah lama sangat berulang jauh dari rumahnya ke sekolah iaitu kira-kira 8 tahun...

Aku sangat sayang dan hargai nilai persahabatan dengannya kerana:

Masa mula-mula aku dipostingkan di sekolah sekarang, kak shas yang tolong susunkan mejaku... walaupun pada masa tu, meja ku lah satu-satunya yang diletakkan di tingkap bilik guru kerana tiada ruangan kosong di bilik guru.

Kami juga yang sama-sama mengandung tahun 2007 dan bersalin pada tahun 2008. Kami jugalah yang sama-sama pelanggan tetap kantin sekolah kerana sentiasa lapar masa mengandung...Selera kami pun sama iaitu suka makan LAKSA. Setelah makan banyak semasa tempoh mengandung, kami telah selamat melahirkan baby baru. Sama-sama dapat "putera"...

Masa kak shas baru habis pantang 2008, dia sempat juga datang ke kenduri kahwin adikku. Sayang dekat kak shas sebab sudi datang walaupun penat bersalin tak reda lagi... 


Bila ada masa free kat sekolah, kami akan bersembang. Dalam bilik guru tu siapa yang tak kenal suara kami kalau ketawa... Bila penat bersembang, kantin pula tempat menghilangkan dahaga sambil menyambung gossip-gossip wanita...

Kalau kak shas tak datang sehari, aku mesti contact dia, tanya kenapa tak datang? Rasa sunyi sangat... Bila aku tak datang pula, kak shas akan contact aku pula.

Kak shas tak pernah berkira dengan aku... sama ada dari segi makan ataupun wang ringgit.

Yang paling penting, 
aku nak story kat semua pembaca blog ni,
KAK SHAS lah insan yang memperkenalkan aku dengan dunia blog.Daripada aku yang buta blog hinggalah kini celik blog adalah atas dorongan kuat kak shas...

Mesyuarat guru di sekolahku pada 31 Disember 2009 ni mesti rasa sunyi dengan ketiadaan kak shas.


Bila ku pandang sebelah kanan meja guru, tiada lagi barang-barang kepunyaan kak shas...


"KAK SHAS, SESUNGGUHNYA BANYAK KENANGAN MANIS ANTARA KITA BERDUA... 
ANDAI KATA SEPANJANG PERKENALAN KITA, 
AKU MENGGURIS HATIMU, 
AKU MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARIMU. 
DIRIMU KU ANGGAP SEPERTI KAKAKKU SENDIRI..."


Semoga kak shas sentiasa ceria 
dan murah rezeki 
bersama insan-insan yang disayangi...

Coretan oleh :
MINI ME



14 comments:

  1. iNA..trimkasih byk2 ats ingatan hari lahir akak.sedih akak baca coretan ni.akak sebenarnya sedih sangattt nk berpisah dgn ina,dgn semua rakan2 kita.trimakasih kerana menjadi kwn baik akak dan menerima diri akak seadanya.

    ReplyDelete
  2. kak, sy pon suke berkawan dgn org yg xberkira..kalo makan2 sama2 tu rs seronok kan..
    kalo sy belanja hr ni..die lak belanja next time..seronok

    ReplyDelete
  3. hepi besday tuk Kak shas.. mesti lepas ni kerinduan..bukan senang nak cari kawan yg baik hati kan!!!

    ReplyDelete
  4. @shas
    saya harap, kak shas tak lupakan saya dan kawan2 kat air kuning ye.

    thanks for everthing...

    ReplyDelete
  5. @Azlina Ibu Alisha
    memang... jika kawan2 tidak berkira dgn kita, kita pun berganda2 tak berkira dengan mereka.

    ReplyDelete
  6. @Chik Na
    aha... betoi tu Chik Na.

    Kawan ketawa ramai, kawan menangis seorang.

    jika kita ada kawan yg baik, hargailah mereka ye.

    ReplyDelete
  7. alahai sedihnye kan nk berpisah ngan kawan huhuh....kawan yg baru kadang² tak sama ngan kawan yg lama huhuh

    ReplyDelete
  8. Salam kenal ya, terima kasih sudi berkunjung ke blog saya.. :-)

    http://unlistedone.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. SUNYI GAK SBB IBU TRIPLE E SENYAP JEK IHIKS..

    ReplyDelete
  10. kehilangan seorg kawan mmg menyedihkan..susah nak cari kawan yg sehati sejiwa ngn kita..yg penting tali persahabatan tak penah putus walau dimana kita berada...sentiasa menghubungi dan bertanya khabar...

    ReplyDelete
  11. memang susah nk carik kawan camni kan

    ReplyDelete
  12. kawan baik sentiasa di hati walau jauh beribu batu

    ReplyDelete
  13. ermmm..susah nak cari kawan yang betul2 memahami kita dan boleh berkongsi cerita..setengah tu pura2 je baik tapi,,sebaliknya..mmg sedih kalah berpisah dgn sahabat yang kita amat rapat..jangan risau..hubungi lah dia selalu..kejauhan mengajar erti kerinduan,,wahhhss..mcm madah cinta plak..hehehe

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan.

    semoga perkenalan kita dapat menjadikan kita lebih dekat antara satu sama lain dan juga

    dapat menambahkan pengetahuan kita sesama manusia. untuk menghadapi masa hadapan.


    saya follow awak ye :)

    regards
    http://anakkuhumairah.blogspot.com/

    ReplyDelete