February 18, 2010

ßεrκhεmαh

Sudah lama benar rasanya aku tidak berceloteh di dalam blog ini...
Bukannya aku telah melupakan rakan-rakan blog tapi apakan daya masa yang singkat membataskan aku untuk menulis...
Di dalam entry ini, aku ingin berkongsi dengan pembaca blogku yang setia sehingga ada rakan yang menunggu entry terbaru dariku.

Alkisahnya, putera sulungku aiMaN, teringin sangat memiliki sebuah khemah...
Aku saja yang selalu buat tak mengerti kemahuannya. Bila pulaklah aku nak berkhemah di dalam hutan atau di tepi laut...

Akhirnya pada 12 Februari 2010 (Jumaat), aku dan suami ikutkan saja kemahuannya untuk memiliki sebuah khemah kerana pada hari Ahad, 14 Februari 2010 adalah hari lahirnya yang ke-7 tahun. Sebenarnya aiMaN bukan ingat tentang hari lahirnya. Yang dia mahu hanyalah sebuah khemah untuk bermain. Bila saja mendapat khemah idamannya, aku dapat rasakan keseronokan di hatinya.


"Ayah, ibu..... terima kasih ye kerana belikan aiMaN khemah ni.
aiMaN sayang ibu dan ayah. 
aiMaN janji akan belajar rajin-rajin. 
aiMaN tidur dulu ye".


Oleh kerana terlalu seronok, aiMaN tertidur di dalam khemah idamannya...

Meleleh air mataku mendengar kata-kata aiMaN... Semenjak dia memasuki alam sekolah rendah, dia semakin matang. Sejuk perutku mengandungkan aiMaN sehingga aku tertarik dengan resepi kasih ibu, entry ibu ayra di dalam blognya cerita-ceriti ibu ayra.

















SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK SULUNG IBU... 
IBU DOAKAN SEMOGA DIKAU 
MENJADI SEORANG ANAK YANG SOLEH, 
SENTIASA DISENANGI OLEH SEMUA INSAN 
DAN MENJADI IDOLA 
KEPADA ADIK-ADIKMU KELAK. 
A...MIN.


Coretan oleh :
MINI ME



10 comments:

  1. happy birthday aiman! nnt blh la gi camping :)

    ReplyDelete
  2. @Nadiah Sidek
    tima kacih ucapan acik Nadiah ni. harap2 ibu bagi aiman gi camping bila besar nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam kak wa..selamat ulangtahun kelahiran buat aiman..smoga aiman membesar n jadi anak yang soleh..
    yelah kak anak2 ni kalo kemahuannya kite turut yg menggembirakan dirinya..mmg kite dihargai n yg pnting anak2 hepi kan kak..

    ReplyDelete
  4. salam,
    just become ur follower. masa anak sulung kami sambut bday yg ke 5, kami belikan juga khemah tapi kecik je sbb yg jenis pop-up tent.

    ReplyDelete
  5. cantik la khemah untuk aiman tu..mesti dia suka sangat! hepi besday aiman!

    ReplyDelete
  6. Bahagianya aiman dapat khemah sendiri. Happy belated Birthday Aiman..
    Belajar rajin2 tau..
    ni mama dah belikan khemah nie.

    Great day!

    ReplyDelete
  7. happy bsday aiman.....
    semoga panjang umur,dimurahkan rezeki
    dan sihat selalu ye...

    sume boy kak wa..
    ni nak kena cari org dapur ni kak wa..
    cari kak wa....
    thanks kak wa coz sudi dtg blog idah ye....

    ReplyDelete
  8. adorable la... :))

    insyaallah jadi anak yang soleh tu.

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday ya Aiman!

    cheers!

    ReplyDelete