June 19, 2010

JasaMU tidak ternilai hargaNYA...

Kini aku telah berjaya memiliki segulung ijazah walaupun pada ketika itu aku berumur 30 tahun, sedangkan ramai remaja-remaja di luar sana telah memilikinya ketika usia masih muda. 




Oleh itu, aku ingin memperkenalkan lelaki yang bersungguh-sungguh mengisi borang permohonan sambung belajarKU ini, membawa aku menghadiri temuduga program ini dan sentiasa berhabis duit membeli buku-buku rujukan sepanjang proses pengajianKU. Katanya, "nanti koleksi buku-buku ni kita susun cantik-cantik dalam rak buku supaya dapat bakar semangat anak-anak belajar". 
Apapun pengorbanan lelaki ini yang paling besar buatKU ketika permulaan pengajianKU ialah menjaga anak sulungKU (aiMaN) yang berumur 11 bulan, menangis hampir setiap malam mencari ibunya untuk menyusu badan. Jika nak diceritakan terlalu banyak jasanya selama ini. 


Sempena Hari Bapa 2010 ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa khas buat suami tercinta, abah dan bapak mertua tersayang serta bapa-bapa yang sentiasa menyayangi anak-anak anugerah Allah kepada mereka di dunia ini...


Ya Allah, Ya TuhanKU, aku bersyukur dan bertuah kerana engkau telah menjodohkan lelaki ini buatKU.



Coretan oleh:

7 comments:

  1. Salam ..

    Tahniah ! kepada awak yg telah berjaya .

    juga ,

    Tahniah ! buat suami .

    Moga kebahagiaan ini akan terus berkekalan seterusnya menjadi pemangkin kepada anak-anak melihat kejayaan seorang ibu dan kekuatan seorang Ayah .

    Selamat Hari Bapa !

    ReplyDelete
  2. salam kenal,
    bagusnya mempunyai suami yang sanggup berkorban untuk isterinya..

    selamat hari bapa...

    ReplyDelete
  3. Ya..congratulations 2 u..& sampaikan ucapan Selamat Hari Bapa buat semua lelaki2 dalam hidup u..;)

    Happy Father's Day!

    ReplyDelete
  4. tahniah..

    p.s: lama akak xupdate blog

    ReplyDelete
  5. salam kenal...
    tahniah sebab berjaya mengharungi segala kepayahan sepanjang bergelar pelajar walaupun berstatus ibu...umur tak penting yg penting semangat untuk memajukan diri itu.....

    ReplyDelete
  6. I love it when folks come together and share views. Great website, continue the good work!


    Here is my website :: social media types

    ReplyDelete
  7. Hello there! I could have sworn I've been to this site
    before but after reading through some of the post
    I realized it's new to me. Anyways, I'm definitely happy I found it and I'll be bookmarking and
    checking back often!

    My page; london provides

    ReplyDelete