August 22, 2010

Kaitan antara sakit, berjalan dan sahur

Kisah 1 (SAKIT)

Hari ni AKU terlalu penat kerana anak ketigaKU DEMAM. Dari petang semalam aQiL demam dan paling panas badannya, malam tadi. Malang sungguh aQiL dapat ibu macam AKU. Mana taknya, gara-gara AKU tertidur, dah satu jam lewat memberikan aQiL makan ubat.

Padahnya suhu badan aQiL mencecah 39oC.  Apa lagi, cepat-cepatlah AKU dan suami mengelap seluruh badan aQiL dengan air. Satu masalah yang kami hadapi ialah aQiL ni tak suka badannya dilapkan dengan air. Letak tuala kat atas kepala pun, dia dah menangis. Pening kepala kami dibuatnya. Akhirnya AKU dapat idea iaitu sambil menyusukan aQiL, kami pun lap badannya. Alhamdulillah, suhu badan aQiL semakin turun.



Kisah 2 (BERJALAN)

Bila difikir-fikirkan, aQiL demam disebabkan panas atau dah mula pandai BERJALAN??? Agaknya aQiL demam sebab nak ringankan badan. Alhamdulillah aQiL dah mula berjalan beberapa tapak sekarang ni. Kiranya aQiL dapat tempat kedua cepat berjalan masa berumur 1 tahun 2 bulan. Abangnya aiMaN mula berjalan masa berumur 1 tahun dan aFiQ masa berumur 1 tahun 3 bulan.



Kisah 3 (SAHUR)

Gara-gara terlalu penat membuai aQiL, AKU dan suami terlepas SAHUR hari ini. Terngiang-ngiang kemerduan azan di telingaKU. Ingatkan bermimpi, rupa-rupanya betoi dah azan subuh. Apa nak buat demi anak-anak kena KAMI sentiasa bersabar tambahan pulak nak membesarkan tiga orang HERO yang sentiasa aktif dan mencuri hati kami. Semoga anak-anakKU sentiasa menyejukkan mata dan hati ibu dengan tingkahlaku dan kelembutan tuturkata.

p/s: Sorrylah untuk kisah 3 tiada gambar dapat dimasukkan sebabnya kami tengah syok dibuai mimpi... 

Coretan oleh :
MINI ME

16 comments:

  1. Salam wawa ..

    Saya dah merasa semua itu ketika anak2 kecil dulu ( anak saya selang setahun satu ) bayangkan ada 3 orang kena layan .

    Tahniah kat awak and suami . Sabar dan tabah melayan kerenah anak . Moga mereka tahu membalas budi bila besar kelak . Aminnn

    ReplyDelete
  2. @LiNda
    Terima kasih Linda kerana memberi semangat kat wawa.

    Bila anak2 dah besar, tentu kita rindu zaman keaktifan mereka dulu kan?
    Linda sekeluarga akan wawa jadikan contoh membesarkan anak2.

    Semoga kita dapat menjadi ibu yang terbaik buat anak2.
    A...min.

    ReplyDelete
  3. cikOni pun demam kak, dia dah jln masa 11 bulan, ni demam taktau ngape. gigi baru ada 6 btg, makan tak mau. risau juga kita.

    ReplyDelete
  4. bila anak demam, ibu baplah yg paling risau tambah2 kalau yg masih belum berumur sthn. kena jaga2 bila suhu bdn terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  5. ooo,..dia demam nak pandai berjalan la tu. masa anak saya demam dulu, adik saya pegi buat lawak pulak, dia kata anak saya tgh demam nak menurun ilmu berjalan..hehe..mengarut jek dia tu.

    ReplyDelete
  6. @ch@
    agaknya Oni demam nak pandai cakap kot???

    masalahnya anak yang belum pandai cakap memang susah kalau sakit sbbnya kita tak faham masalah mereka.

    sabarlah ch@ ye, selagi anak kita belum besar.

    ReplyDelete
  7. tinggi jugak suhu badan aqil ye..

    Mmg mcm tu ler proses dorang nak membesar. Kita sebagai ibu bapa ni..mmg tanggungjawab ler nak menjaga anak2 dgn sebaik2nya..

    ReplyDelete
  8. @transformed housewife
    betoi tu. Selagi anak2 masih kecil begini hari2 yg perlu dilalui.

    ReplyDelete
  9. @Nia
    mungkin betoi jugak tu.
    Org lama2 pun cakap mcm tu.
    Mereka kata demam sbb nak meringankan badan.

    ReplyDelete
  10. @ALoNa Cintamaniszlite
    betoi cakap ALoNa.
    Bila anak2 dah besar barulah kurang sikit bebanan dari segi kesihatan.

    ReplyDelete
  11. alahai kesiannya aQil..akak jgn salahkan diri akak mcm tu..akak ibu yg baik ok.cuma tertido sikit je heheh eli pun kadang² terlambat jgk bagi ubat..

    yeay aqil dh boleh jalan..ptt la demam heheh

    xpe la kak..sekali skali missed sahur.bukan sengaja pun kan =)

    ReplyDelete
  12. cian aqil..demam..huhu...
    eee....sonoknyer tengok aqil berjalan..tp awat senget...jgn jln mcm ketam ye..heheh...COMEL AQIL..gelak dengan mulut lebarnya...heheheh..makngah sayang aqil..

    ReplyDelete