August 27, 2010

"MALU rasanya AKAK, ngah"

Beberapa hari yang lalu, AKU mendapat satu sms daripada adinda tersayang di Sheffield, UK. Sebaik sahaja selesai membaca sms tu, AKU menangis tersedu-sedu. Terasa sayu di hati ini...

Semasa AKU menuntut di UPM dulu, SHIDA lah bank AKU terutamanya di akhir-akhir bulan sebelum gaji. 

Masa AKU tak ade duit nak topup telefon, SHIDA masukkan kat telefon AKU RM30 sebab mengenangkan AKU yang rindu kat aiMaN masa belajar dulu.

Masa aiMaN demam teruk, SHIDA bagi RM50 untuk AKU beli ubat aiMaN.

Masa keretaKU accident dan pecah tayar, SHIDA bagi RM1000 untuk AKU tukar tayar kereta yang baru supaya dapat balik kampung masa SHIDA nak dirisik oleh KHAIRUL.

Sebenarnya banyak lagi yang SHIDA dah tolong AKU sepanjang pengajian AKU dan suami satu masa dulu.


Kini bila SHIDA pula belajar, AKU tak dapat nak tolong apa-apa sebaliknya dia pula yang berikan sesuatu buat anak-anakKU. 


Hari tu, SHIDA belikan baju bola sepak untuk aiMaN, aFiQ dan aQiL, kali ni SHIDA beri duit raya pula pada mereka. Walaupun nilainya tak seberapa bagi sesetengah orang, namun bagi AKU ia cukup besar nilainya... sebabnya AKU tahu, walaupun SHIDA dah ade Wafi, SHIDA tetap sayangkan anak-anak saudaranya.

 "MALU rasanya AKAK, ngah".

p/s: Ngah, lain kali aiMaN, aFiQ dan aQiL nak 30 pound. He...he...he...

Coretan oleh :
MINI ME

8 comments:

  1. Baiknya Angah...

    Sejuk perut ibu yang mengandung..

    ReplyDelete
  2. eh...sy tak nanges taw baca ni...huu~~


    ~~ bertuah dpt adik cm angah :)

    ReplyDelete
  3. @a.z.r.i.n.a.03.07
    semoga perut saya juga akan sesejuk perut mak mengandungkan angah.

    ReplyDelete
  4. @mier@merr
    alhamdulillah. Doakan semoga akak dpt memiliki anak seperti angah.

    ReplyDelete
  5. syukur dapat adik macam ni, kalaulah adik saya mcm adik kak Wa..

    ReplyDelete
  6. @Nia
    Alhamdulillah Nia, harapan akak semoga anak2 akak nanti dapatlah mengikut perangai mak ngahnya.

    ReplyDelete