March 15, 2014

Novel Review: CINTA 11 SYARAT - Muna Mahira

Intens 
Review Ibu Wawa:

Nur Rasyakeen seorang gadis yang cantik dan bijak. Hanya tinggal satu semesta sahaja akan menamatkan pengajian ijazahnya. Namun cuti semestinya telah meninggalkan banyak kenangan pahit buat Sya.

Sebelum pulang ke kampung semasa cuti semesta, Sya tinggal di rumah keluarga Syahrie selama seminggu. Dalam tempoh itu, pergolakan hubungan Syahrie dan Rita telah dilihat oleh Sya. Sehingga satu malam, Syahrie yang mabuk dan tertekan dengan tingkahlaku Rita telah memperkosa Sya. Puas Sya merayu namun Syahrie tetap meneruskan tingkah lakunya kerana masa itu dia hanya membayangkan Sya adalah Rita. Saya pulang ke kampung dengan hati yang sarat dengan kekesalan. Mengapakah dia yang menjadi mangsa keadaan...

Semasa membeli panadol di kedai, Sya tiba-tiba muntah. Mak Eton yang nampak ketika itu telah menabur fitnah tentang kisah Sya mengandung anak luar nikah. Lama-kelamaan fitnah itu telah sampai ke pengetahuan Encik Omar. Encik Omar membawa Sya berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan fitnah tersebut. Akhirnya kebenaran terbukti. Sya tidak mahu mewujudkan pergolakan dalam keluarga kerana dia amat menghormati dan menganggap Syahrie iaitu abang sepupunya itu seperti abang kandungannya sendiri. Maka Sya telah memutuskan dirinya agar tidak menceritakan siapa bapa kepada anak yang dikandungnya. Sya telah dirotan oleh Encik Omar sehingga berdarah di belakangnya dan tidak sedarkan diri. Waktu itu Encik Omar seolah-olah naik hantu dan Haziq menjadi hero menenangkan keadaan.

"Mak takkan buang Sya, kan?" - RASYA
"Mak takkan buang anak mak. Sya anak mak. Buruk macam mana pun anak-anak mak, mak takkan buang anak-anak mak." - PUAN JANNAH


Haziq yang sentiasa membuli dan ingin melihat Sya menangis masa kecil dulu, terpanggil untuk membela nasib Sya dan anaknya kelak apabila dia ikhlas menjadi 'PAK SANGGUP'.

"Saya ikhlas, pakcik. Saya takkan main-main benda macam ni." - HAZIQ
"Tapi... Kamu tahukah anak pakcik tu..."   - ENCIK OMAR
"Saya tahu. Sebab itu jugak saya datang hari ni. Saya tahu susah pakcik nak percaya. Tapi saya ada alasan saya sendiri. Saya ikhlas nak tolong." - HAZIQ


Pada mulanya Puan Saodah gembira dengan berita Haziq yang mahu menamatkan zaman bujangnya. Namun selepas mendengar cerita daripada adiknya, hati Puan Saodah kecewa dengan pilihan Haziq.

"Apa salahnya Ziq kahwin dengan dia?" - HAFIQ
"Salah! Memang salah! Dia tu tak layak untuk kamu. Kamu nak tanggung beban orang lain buat apa? Nak tanggung anak yang bukan darah daging kamu buat apa? 
Anak yang tak ada status tu?" - PUAN SAODAH
"Kenapa nak hina anak tu, Umi? Setiap anak yang lahir ke dunia ni suci. Tak ada bezanya anak raja ke, anak menteri ke, anak orang susah ke. Salah ke kalau Ziq tolong besarkan anak tu. Macam tolong besarkan anak yatim. Salah ke?" - HAZIQ


Sya yang tidak setuju dengan lamaran Haziq, telah menetapkan wang hantaran RM50000 dengan harapan perkahwinan ini tak jadi. Namun jika dah jodoh, walau bagaimanapun halangan, ia tetap berlaku dengan izin Allah. Sya dan Haziq selamat dinikahkan dengan kenduri yang besar hingga dapat menutup mata orang kampung.

"Ayah harap kamu tak sia-siakan hidup dia. Ayah tahu Sya bukanlah macam isteri yang lain. 
Dia..." - ENCIK OMAR
"Saya tahu, yah." - HAZIQ
"Jangan sebab itu kamu sakiti dia. Ayah tak paksa kamu kahwin dengan dia. Kamu sendiri yang datang minta tangan dia. Ayah harap kamu terus pegang tangan dia sampai bila-bila." - ENCIK OMAR
"Ayah jangan risau. Saya yang buat keputusan ni. Saya takkan ubah apa yang saya dah putuskan. Sekali saya pegang tangan dia, sampai mati pun saya takkan lepaskan. 
Insya-Allah tidak, yah." - HAZIQ 

Selepas berkahwin, Sya seolah-olah sukar menerima kehadiran Haziq dalam hidupnya. Namun Haziq tetap bersabar dengan kerenah Sya. Sya cuba menjarakkan dirinya dengan Haziq.

"Tinggal dua minggu lagi cuti sem ni habis. Saya nak sambung belajar lagi. Sayang nak tinggal macam tu aje. Saya sanggup buat apa aje asalkan awak benarkan saya pergi. Tolonglah." - SYA
"Okey. Satu benda Sya minta dengan abang... sepuluh aje abang minta balas. Boleh?" - HAZIQ 
"Okey. Saya sanggup. Apa dia sepuluh perkara tu?" - SYA

"Pertama sekali... Selama Sya kat kolej, tiap-tiap malam abang nak Sya calon abang. Yang kedua, setiap kali abang call, Sya kena jawab. Yang ketiga, mulai malam ni abang tak nak dengar lagi bahasa saya dan awak. Syarat yang keempat... setiap kali abang minta kiss, Sya kena bagi. Syarat yang kelima, abang nak Sya bagitau apa yang Sya fikirkan tentang abang. Setiap hari mesti ada satu perkara yang berlainan pasal abang, Sya kena report kat abang. Syarat keenam, kalau abang datang nak jumpa Sya... Sya tak boleh elak diri. Abang tak nak dengar sebarang alasan. Syarat ketujuh... Sya tak boleh bantah cakap abang. A is A. B is B. Syarat kelapan... abang nak Sya report kat abang setiap kali Sya nak keluar dari kampus. Last but not least... abang nak Sya bagitau semua peminat Sya yang Sya bukan lagi single and available. Bagitau diaorang Sya dah jadi hak eksklusif abang sampai bila-bila. Ohhh... syarat terakhir... Sya kena belajar terima abang sebagai suami Sya walau susah bagi Sya sebab abang takkan lepaskan Sya sampai mati sekalipun. Keeps that in your mind." - HAZIQ 


Betapa sabarnya hati seorang suami. Mengakui sikap zaman remajanya yang jahat, Haziq tetap yakin lambat laun dia dapat menambat hati Sya.

"Abang tahu Sya bencikan abang. Abang tahu benci tu yang selayaknya untuk abang. Abang tak minta banyak. Abang cuma harap Sya jaga batas Sya sebagai isteri. Mungkin cinta Sya untuk dia masin utuh. Tapi Sya isteri abang. Hak abang. Maruah abang. Tolong ingat semua tu." - bisik HAZIQ 

Bagi mencapai cita-cita Sya memiliki ijazah, mereka terpaksa berjauhan. Sebagai mengisi ruang kesunyian itu, Haziq hadiahkan Sya...

"Musical box." - SYA
Ada tulisan kecil di cermin yang terletak di dalam kotak muzik itu. 'I want to hold you like this forever.'


Di saat mereka bahagia menyulam cinta, Syahrie kembali menuntut janji untuk menjaga Sya dan anak yang dikandung Sya. Dia teruja ingin menjaga anaknya dengan Sya. Sikapnya yang drastik ingin merampas Sya daripada tangan Haziq telah memporak-perandakan rumahtangga bahagia Sya dan Haziq.

"Abang cemburu?" - SYA
"Suami mana tak cemburu kalau isteri dia diapit lelaki lain." - SYA
"Sya pun tak nak macam ni. SYA tak nak dia ada antara kita. Sya cuma nak abang ada dalam hidup Sya. Bukan dia... bukan lelaki lain." - SYA
'Tapi dia akan sentiasa ada antara kita. Dia ayah anak Sya.' - bisik HAZIQ 


Siapakah yang akan Sya pilih... HAZIQ, seorang lelaki yang sanggup menutup maruah seorang gadis yang naif atau SYAHRIE, seorang ayah kepada bayi yang dikandung oleh Sya... Adakah Syahrie berjaya merebut anak yang dikandung oleh Sya daripada Haziq? dan apakah syarat yang ke sebelas?



Pendapat Ibu Wawa:

Sedih sangat membaca novel ini. Bertuah sungguh Nur Rasyakeen kerana masih ada lelaki yang sanggup menutup aib seorang gadis yang telah mengandung sebelum dinikahi. Watak Sya yang tabah sehingga sanggup menahan kesakitan dirotan ayah, namun tidak sesekali menceritakan perbuatan terkutuk abang sepupunya. Kesabaran Sya dibalas dengan kebahagiaan apabila Haziq a.k.a Komeng sudi melindungi dirinya. Seronoknya jika benar-benar wujud lelaki setenang Muhammad Khaide Haziq. Haziq yang dahulunya seorang yang jahat di mata orang kampung sehingga digelar Komeng telah berubah 360 darjah setelah melihat air mata ibunya mengalir kerana dihalau keluar dari kampungnya. Maka bermulalah watak Haziq yang amat penyayang dan romantik. Sukanya ibu Wawa... Watak Syahrie yang mementingkan diri sendiri juga amat berkesan ditonjolkan oleh Muna Mahira. Suka sangat cerita ini kerana ia melibatkan ikatan kasih sayang sebuah keluarga. Selain itu, novel ini juga ada kelainannya kerana terdapat 11 syarat dalam percintaan Sya dan Haziq. Di akhir novel ini terdapat kata-kata yang menyentuh hati ibu Wawa...

"Bilalah yang ini nak keluar? Abang dah ready nak dapat yang nombor dua ni." - HAZIQ
'Nombor dua? Ya Allah, Haziq tak pernah lupa anak sulung aku, rupanya.' "NUR, AYAH TAK LUPAKAN NUR." - bisik hati SYA
Bergenang air mata Rasyakeen...

Tahniah buat Muna Mahira. Tak sabar nak baca novel karya Muna Mahira seterusnya. Memang best idea garapan Muna Mahira sehingga berjaya membuat air mata ibu Wawa mengalir beberapa kali...

2 comments:

  1. Thanks for yur personal marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you are a great author.
    I will remember to bookmark your blog and will eventually
    come back from now on. I want to encourage you too ultimately continye your great writing,
    have a nice weekend!

    Here is my blog post fifa 14 coin cheat ultimate
    team ()

    ReplyDelete
  2. I have read so many content on the topic of the blogger
    lovers however this piece of writing is
    actually a fastidious post, keep it up.

    Check out my web page :: clinical negligence compensation

    ReplyDelete