March 2, 2014

Novel Review: BUKAN KERANA SAYANG - Amiza Anaz

Sinopsis buku: "Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih daripada kita mencintai dia"... Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan? Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu duhulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti. Kini, Qairun Annesa telah kembali kepadaNYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit. Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelang nya pecah.Kamil Ihsan yang bersikap 'bossy' menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu. 

Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?

Review Ibu Wawa:
Reen seorang adik yang pendiam berbeza dengan kak Nisa yang peramah. Namun pertemuan Reen dan Johan di dalam bas sehingga tertukar beg telah mengikat mereka dengan ikatan pertunangan. Pernikahan Nisa dengan Muaz sepatutnya berlangsung akhirnya bertukar dengan pernikahan Nisa bersama Johan. Reen yang diminta oleh ibu, ayah dan keluarga Johan memutuskan ikatan pertunangan mereka, sedih tidak terkata. Reen terpaksa berkorban demi melihat orang lain bahagia. Reen dibiarkan menerima takdir ini tanpa penjelasan Johan walaupun sebaris ayat...

Di hari perkahwinan kak Nisa dan abang Johan, Reen kuatkan semangat balik ke kampung dengan ditemani oleh Nadia. Tetapi mereka terasa ada agenda tersembunyi pula bila mereka tidak dibenarkan tidur di rumah atas alasan rumah penuh dengan sanak saudara. Akhirnya teka-teki ini terjawab bila ibu datang membawa sarapan pagi.

"Err... macam ni, Reen. Kami rasa tak payahlah REEN hadir majlis ni nanti. Kami takut REEN tak boleh kawal perasaan Reen nanti. Kami terpaksa. Ini permintaan kak Nisa. Dan kak Nisa pesan dia harap kemudian hari nanti, dia mintak Reen elakkan selalu bertembung dengan mereka berdua. Dia takut terjadi apa-apa fitnah". - IBU
"Baiklah! Reen akan ikut kata-kata dia kalau itu yang dia mahu. Reen harap sampai mati Reen tak akan jumpa dia. Reen tak mahu tengok muka dia lagi!" - REEN

Kini Reen diminta bersalin tikar dengan kak Nisa yang telah 6 bulan meninggal dunia. Setelah 6 tahun dilukai, Reen terpaksa berkorban lagi sebagai isteri abang Johan dan ibu kepada Johanis. Namun, tiada ruang lagi buat Johan di hati Reen.

"Aku... aku..." - REEN
"Engkau sebenarnya tak mahu jadi pilihan kedua, kan? Engkau takut jadi second best, kan?" - NADIA

'Aku enggan menjadi pilihan kedua untuk abang Johan. Aku tidak mahu menjadi pengubat jiwa lara setelah kekasih hati meninggalkannya untuk selama-lamanya. Aku tidak mahu jadi manusia yang dipilih hanya untuk memenuhi kehendaknya, tapi bukan dicintainya'. - REEN

Reen bertemu semula secara tidak sengaja dengan Johan. Johan memandang Reen tanpa berkelip.
"Dulu, Reen comel sangat tapi sekarang ni... it's hard to describe you. Reen dah makin matang dan err... menawan" - JOHAN
"Tak. Reen tak cantik sejak dari dulu sampailah sekarang. Kalau Reen cantik tentulah dulu kekasih hati Reen tak berpaling hati dan sekarang ni masih tak berteman" - REEN

Akhirnya perbuatan kak Nisa diketahui juga melalui diari hariannya. Apakah isi kandungan catatan kak Nisa? Setelah membaca catatan kak Nisa, Reen dipagut rasa kesal kerana menuduh Johan meninggalkannya tanpa alasan.

Sebelum meninggal dunia, kak Nisa menyesal dengan perbuatannya untuk mendapatkan Johan. Kak Nisa telah diserang kanser hati. 
"Inilah balasan yang TUHAN dah beri pada kak Nisa sebab sikap selama ini. Sakitnya bermula di hati sebab hati yang selama ini terlalu busuk dan jahat" - NISA

Adakah Reen sudah dapat menerima Johan kembali di hatinya? Atau pun Kamil Ilham, lelaki yang dijadikan alasan sebagai kekasih hatinya kini...


Pendapat ibu Wawa:
Ibu Wawa suka sangat dengan garapan AMIZA ANAZ. Kisah cinta yang menuntut pengorbanan seorang adik. 6 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat untuk melupakan seseorang. Tiba-tiba Johan datang menuntut semula kenangan-kenangan lama. Wajarkah Reen berkorban lagi untuk melihat semua orang bahagia?

Suka dengan watak Kamil Ihsan yang sentiasa tegas dan tenang. Mencintai dalam diam hampir 10 tahun lamanya.

Ibu Wawa terharu dengan ayat terakhir novel ini iaitu:
Dua orang lelaki yang mewarnai perjalanan hidupku. 

Seorang pernah mendapat tempat di hatiku dan mengisi momen-momen remajaku. Mencintaiku sepenuh hati, namun apakan daya, tiada jodoh di antara kami, yang tinggal kini hanya kenangan, bukannya perasaan cinta. 

Seorang lagi mendapat tempat di hatiku hanya setelah bergelar suami. Seorang lelaki yang pernah aku benci. Tidak pernah langsung terlintas di dalam kamus hidupku untuk melayari hidup bersamanya. Tetapi jodoh pertemuan semuanya di tangan Yang Maha Esa. Tiada siapa tahu aturan hidup yang ditentukan. Dia... kini mengisi seluruh hidup dan hatiku. Dia, suamiku. 

"Reen sayang abang" - REEN

Benar kata penulis:
"Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih daripada kita mencintai dia"...

Tahniah buat AMIZA ANAZ kerana berjaya menghasilkan novel "BUKAN KERANA SAYANG" yang cukup menyentuh hati kerana pengorbanan seorang adik yang tiada tolok bandingnya.

0 SWEET COMMENT: