October 9, 2009

丂u丂u oん 丂u丂u

Aku ni ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Bila anak dah semakin besar maka banyaklah susu yang perlu dipam. Sekarang ni aku mengepam susu menggunakan pam secara manual jenama "Anakku". Disebabkan aku ni bekerja, penat rasanya nak mengepam secara manual.
Di sekolah, seorang rakanku telah menggunakan Medela Freestyle. best katanya. Harganya pun boleh tahan. RM1600+ + +. Boleh main kutu. Kalau nak sediakan wang sebanyak tu memanglah penat jugak! Tapi group kutu yang aku nak join ni masih tak cukup orang. Maka sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi ibu kutu iaitu AISHAH di blognya MYLILAIDA di

Inilah gambar Medela Frrestyle tu. Aku copy gambar ni daripada blog AISHAH. Thanks AISHAH dan rakan-rakan blog yang berminat.


signature
Halloween text

13 comments:

  1. nk guna fs pula ya? gud luck ;p

    ReplyDelete
  2. seb bek la x kena perah2..mahal gak eyk pam tuh...
    gud luck tuk akak semoga dpt perah susu manyak2 eheks..

    ReplyDelete
  3. tabik spring dpt nyusu anak full..

    ReplyDelete
  4. Salam...saya pon main kutu dengan Aishah insyaallah bulan 12 baru dapat...ermmmm sesapa nak joint kutu dengan Aishah silalah bagi cecepat heheheheh. Apa pon walaupon MANUAL semoga dpt buat stok ok!

    ReplyDelete
  5. wahh...bestla dapat nyusukan sepenuh masa...iza x dpt nak wat cam gitu coz anak jauh...2-3 ari skali baru dpt jumpa...cedihhhhhnyerr

    ReplyDelete
  6. uhuhu..saya pun baru pkai medela FS ni..beli dgn aisha gak..hahah..baru baya 2x..aishah..bulan ni tggu ujung bulan ek...
    so far sronok gak pkai FS ni..mmg la byk sgt gajet dier..tp xperlu risau motor rosak sbb susu amsuk..(sbb b4 ni saya pkai AVENT IQ UNO skang avent ku da semput..b4 dapat FS ni..ku duk pkai manual avent la..(jenuh memerah..)

    mmg mahal FS ni..tp berbaloi infact hands-free kan..sambil pam sambil menaip kat komp...smbil buat kerja dan berjalan dirumah..sambil drivin..sumer saya da pnah buat..mmg teguh melekap sambil mengepam..

    selamat mencuba!!!

    ReplyDelete
  7. @lia
    aha. penat juga pakai pam manual. nak cuba yang bermotor pula.

    ReplyDelete
  8. @CtiE zAr
    thanks, CTie zAr. memang mahal harga pam tu. mintak2 hasil susu pun bertambah dari hari2 sebelum memakainya.

    ReplyDelete
  9. @adda
    thanks byk2 sbb respect kat akak.

    ReplyDelete
  10. @DaniTheGirl
    ye ke? sama2 lah kita main kutu pam susu ye. insyaallah, akak dapat bulan Nov ni...

    ReplyDelete
  11. @IeYzA
    tak pe... yang penting anak sentiasa ada di hati IeYzA

    ReplyDelete
  12. @mamanoa
    ye ke? bestnya dengar. doakan akak dapat cepat pam tu. tak sabar nak guna pam tu... disbbkan pam tu boleh buat macam handfree-lah akak berminat nak beli walaupun harganya mahal. masa pantang memanglah banyak masa nak perah susu. bila dah keje busy sangat. anak dah makin kuat menyusu. takut tak cukup stok susu. Uh...uh...uh...

    ReplyDelete
  13. Tentu seronok kalo dpt beri fully bf kat bb.Mmg masa mengandung dulu ada niat nak fully bf siap bli pemerah susu jenama AVENT.Mahal jgk dlm RM300++.
    Tp sayang skrg dah x guna..mana nak sempat perah.sebulan awal mula keja, boleh lah lg perah susu waktu rehat skrg dah x sempat.Waktu rehat kdg2 macam2 kena buat. kdg2 meeting lewat abis dll lg.Leceh sungguh kalo xde org yg bole bg sokongan kat tempat keja.kalo ana truskan jgk alamat bila kena time x sempat perah..susu bdn bengkak & kdg2 sampai basah baju..malu...huhu..sian bb..susu bdn sy sbnrnya byk tp tu lah...kan sonok jd housewf xda halangan mcm sy yg bkerja ni.sob..sob..

    ReplyDelete