August 5, 2010

Bilakah ianya akan berakhir.....

Kini KU rasakan setitis air ibarat sebutir mutiara...
Sejak KU dilahirkan inilah kali pertama perkara seumpama ini berlaku di dalam kamus hidupKU.
Sudah hampir 5 hari perkara ini berlaku.
Adakah hikmah yang bakal tiba???




Beberapa hari ke belakangan ini, AKU ke sekolah agak lewat. Bukanlah nak cari alasan jauh, tapi satu insiden telah berlaku di sekitar kawasan tempat tinggalKU.

Khabarnya sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak diesel telah mengalami kemalangan di kawasan Jalan Pahang, Cameron Highlands. Dikatakan minyak diesel tersebut telah mengalir ke dalam sungai tempat kemalangan yang akhirnya tiba di kawasan tadahan air minuman penduduk tempatan. Maka bekalan air kami berbau minyak diesel sekarang ni.

Kira-kira hampir 5 hari AKU sekeluarga menghadapi masalah bekalan air. Pernah satu malam, suamiKU membeli air RM4.00 bagi bekas yang kami sediakan di rumah. Memang ada lori tangki yang datang ke kawasan perumahanKU. Malangnya waktu mereka datang, AKU masih berada di sekolah.

Buat pengetahuan rakan-rakan, buat masa ini "MINERAL WATER" atau 'DRINKING WATER" di tempat KU ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan sebabnya ramai penduduk yang takut nak minum air berbau minyak diesel. Bekas tempat simpan air jugak melambung-lambung harganya.

Rasa macam zaman darurat pulak...



Alhamdulillah, walaupun di landa masalah ini, AKU tetap dapat menyediakan sagu susu gula melaka untuk majlis makan-makan di sekolahKU sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi.
Lepas ni nanti, AKU story pulak tentang majlis makan-makan ni...

MINI ME

6 comments:

  1. Air memang penting dlm kehidupan . Kesian wawa .. sabar yea ...

    ReplyDelete
  2. @LiNda
    Thanks Linda. Memang air sangat penting.

    ReplyDelete
  3. salam singgah sini...

    susah kan bila xde air.. xde letrik tu okay lagi.. semoga segera lah selesai masalah air di tempat salwa tu

    ReplyDelete
  4. isk..masalah kan. masa macam ni mesti terasa sangat sebab susah nak dapat bekalan air bersihkan?takpe la, harap2 cepat selesai ya.

    Entri Terkini: Birthday Dia Esok!

    ReplyDelete
  5. @kakyong
    tima kacih kakyong. salwa pun harap macam tu jugak.

    ReplyDelete
  6. @Nia
    memang tension Nia. kak wa pun harap cepatlah selesai masalah ni.

    ReplyDelete