September 6, 2010

Adakah AKU berpeluang?

Strawberry yang ditanam di Cameron Highlands adalah 100% menggunakan kaedah fertigasi di bawah sistem pelindung hujan (SPH). Kaedah ini sesuai kerana boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil disamping memberi penampilan menarik kepada pelancong.

Fertigasi adalah gabungan perkataan Inggeris 'Fertilizer' dan 'Irrigation'. Sistem pertanian ini tidak menggunakan tanah. Medium tanaman yang paling sesuai dan murah adalah sabut kelapa kisar ‘Cocopeat’.

Inilah wajah strawberry di Cameron Highlands menggunakan kaedah Fertigasi.

Namun begitu di luar negara, strawberry ditanam di atas tanah. Bagi mereka, strawberry yang ditanam di atas tanah lebih manis.

Maka entry kali ni, AKU nak ceritakan bagaimana seronoknya SHIDA, KHAIRUL dan WAFI memetik sendiri buah strawberry di
Eastfield Farm Soft Fruit, Tickhill, Doncaster, UK.
Ya ALLAH, bestnya strawberry farm ni... 
Bilakah agaknya AKU, suami dan anak-anak berpeluang ke tempat ni???

Gembiranya Khairul dan Shida kerana berpeluang memetik sendiri buah strawberry yang segar...

 Pandainya anak Ibu Wawa kira buah strawberry. Ade berape bijik buah tu, Wafi?

 Macam senang mereka tanam pokok strawberry ni. Atas tanah je. 
Maklumlah suhu kat sana memang sejuk. Musim panas pun baru 23 darjah celcius.

Wow! Banyaknye buah strawberry yang berjaya dipetik oleh adikKU.
Dahlah warna buahnya merah, montel-montel pulak tu.


Ya ALLAH, berpeluangkah AKU dan keluarga ke sana?
Hanya ENGKAU yang dapat menentukan segalanya...

Coretan oleh :
MINI ME

27 comments:

  1. Salam Ramadhan, Syawal yg indah bakal menjelang.

    Seindah kehidupan memetik strawberry di taman. Hmmm....bestnyer berada di perkebunan. Salam Syawal untuk kalian sekeluarga, with Love from Mamawana.

    ReplyDelete
  2. takpe,..ada rezeki nanti insha'Allah sampai la ke sana kak!

    ReplyDelete
  3. bila lak turn kite dpt gi sane ye kak...
    bestnyaaaa....

    ReplyDelete
  4. salam,

    teringin juga nak petik buah stroberi tu moga diberi kesempatan jua..

    ReplyDelete
  5. wah cantiknyan strawberry farm, teringin nak petik strawberry yang fresh2 tu.
    comelnya wafi mengira strawberry tu

    ReplyDelete
  6. salam, selamat berpuasa dan berhari raya...
    InsyaAllah jika kita ade keazaman dan cita-cita dan kita berusaha ke arah itu maka lambat laun akan tercapai jua..

    ReplyDelete
  7. kalau dah ada rezeki pi sana nanti jangan lupa ajak saya sekali yer.... =)

    ReplyDelete
  8. @mamawana
    Terima kasih Mamawana. Salam Aidilfitri juga khas buatMU.
    Memang indah melihat kehijauan alam ciptaan Allah, setenang jiwa menyambut hari lembaran.

    ReplyDelete
  9. @Nia
    Harapan kak wa begitu juga.
    Doakan agar kak wa dapat
    berkunjung ke sana suatu
    masa nanti, InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  10. @QuEeN Of 2 Heroes
    InsyaALLAH Nadia, ade rezeki ke sanalah kita ye.

    ReplyDelete
  11. @penjejak maya
    betoi tu! bukan senang nak petik buah strawberry yang fresh...

    ReplyDelete
  12. @mumyShaneQeisha
    memang best MumyShane.
    Wafi adalah anak susuan ibu Wawa.
    sebab tu ibu Wawa selalu rindukan
    Wafi.

    ReplyDelete
  13. @Abhamz
    Alhamdulillah, atas sokongan MU
    itu. Doakan ye.

    ReplyDelete
  14. @Fakeh
    Terima kasih kerana sudi jelajah
    blog ibu Wawa.
    Terima kasih juga kerana banyak
    memberi info kepada ibu Wawa.
    Ibu Wawa akan cuba jelajah tajuk2
    info ni...

    ReplyDelete
  15. ibu wawa, saya xleh nak bg kodenya . ade error. ibu wawa cari kat blogskin ea? saya lupa bawah label ape . sorry :(

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya! wah bestnya. dah lama x mkn strawberi. teringin sangat!

    ReplyDelete
  17. alalala... comelnya wafi tu, ralit mengira ya.

    ReplyDelete
  18. bestnya kutip sndiri strawberry tu..he2

    ReplyDelete
  19. eh wafi pegi ngan adik akak ek? nape akak x join heheh

    p/s: susah nya nk bukak page akak ni..rupanya nk kena klik kotak tu dulu ek

    ReplyDelete
  20. aku kalo makan strawberry tak ingat apa dah.. aku kaki bab ni

    ReplyDelete
  21. shedapnya kalau dapat makan strawberi manis!

    ReplyDelete
  22. salam ziarah. bestnya strawberi tu. semasa kat new zealand dpt makan strawberri segar...

    ReplyDelete
  23. Insha'Allah, suatu hari nanti. Setiap orang perlu merasai setiap pengalaman di negara orang (: Baru luas pemikiran kita.

    ReplyDelete
  24. nice blog...sy follow ye...if u dnt mind..sy tertarik dgn label entry ni wafi....ank sedara sy juga bernama wafy...muhammad wafy iqbal...smpaikn salam peluk perkenalan buat si comel tu ya... ;)

    ReplyDelete
  25. InsyaALLAH... berdoalah moga ada rezeki ke sana.
    Kumpul duit dari sekarang kay!

    ReplyDelete