December 19, 2010

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Sepatutnya sekarang ni ibu Wawa telah bertolak ke KL kerana hati sangat teruja untuk berjumpa dengan Wafi (anak susu ibu Wawa) yang akan pulang bercuti di Malaysia selama 2 bulan. Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukan segalanya. Flight Shida sekeluarga yang sepatutnya bertolak jam 10 malam (6 pagi waktu Malaysia) telah terkandas di Stansted Airport London kerana salji terlalu tebal sehingga menyukarkan kapal terbang mendarat di landasan.

Jadual flight Shida yang sepatutnya:




Ibu Wawa sedih sangat pada Wafi sebab terpaksa tidur di airport. Dahlah tu, Shida dan Kerol sampai pening kepala kerana tak dapat makan makanan yang agak berat. Maklumlah di sana sukar nak dijangka ramuan masakan. Kata Shida, ramai penumpang yang terpaksa tidur di Stansted Airport.

Alhamdulillah baru sebentar tadi, Shida hantar sms pada ibu Wawa mengatakan jadual penerbangan mereka yang baru ialah pada 7 malam ini (3 pagi waktu Malaysia) - 20 Dis 2010. Ini bermakna Wafi kena bermain di Stansted Airport lebih kurang 12 jam lagi.



Ceritera oleh:
bibir

4 comments:

  1. sabarlah,
    dugaan ni lebih merapatkan hubungan keluarga.

    ReplyDelete
  2. 12 jam... lama tu... sabor je laaa yea.. :)

    ReplyDelete
  3. @KiD
    Aha memang lama.
    Kalau ibu Wawa tentu dah pening punye dengan 3 hero ibu Wawa ni...

    ReplyDelete