February 16, 2014

Novel Review: TIC TAC TOE - Jill Naura

JEMARI SENI
Sinopsis Novel:


Benarkah cinta itu buta dan membutakan?

Berkahwin dengan seorang yang ego tidak termasuk dalam perancangan masa depan Zhila. Tetapi dek kejadian yang tidak terduga, Zhila berkahwin dengan pengantin bidan terjun.

Fikhri yang kecewa dengan tingkah kekasihnya mula mencipta sandiwara bahawa dia akan berkahwin agar kekasihnya itu sedar dan mengaku silap sendiri. Rupa-rupanya sandiwara Fikhri menjadi kenyataan apabila dia betul-betul berkahwin!

Maka bermulalah kehidupan rumahtangga pasangan yang asing ini. Seperti permainan Tic Tac Toe, apabila seorang memulakan langkah, yang seorang lagi menghalang atau memulakan langkah baharu. Masing-masing mahu menang. Zhila yang menjadi menantu kesayangan tidak akta mengalah pada Fikhri yang pandai berhelah.

Siapakah yang akan menang dalam permainan ini atau kedua-duanya menyerah kalah pada cinta?

Review ibu Wawa:
ZHILA seorang gadis yatim piatu setelah kematian ibu dan ayah dalam kemalangan. Lantaran itu, Zhila diamanahkan untuk tinggal bersama bapa saudaranya iaitu Tan Sri Rosman dan Puan Sri Hanifah. Sikap Puan Sri Hanifah yang tidak dapat menerima kehadirannya telah menjadikan Zhila lebih berdikari membawa diri di sekolah berasrama dan akhirnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sikap Tan Sri Rosman yang tidak mahu membiarkan Zhila hidup sendiri telah membuka jalan mencari jodoh buat Zhila. Sepatutnya Zhila dijodohkan dengan FAKHRI, anak sulung Datuk Fakhrul iaitu seorang pilot tapi apakan daya perkahwinan yang dirancang buat abang sulung rupanya adalah jodoh buat FIKHRI, anak kedua Datuk Fakhrul dan Datin Wahiza yang agak degil dan ego. Secara kebetulan, cincin perkahwinan Fakhri sesuai dengan jari Fikhri dan perfume hantaran buat Zhila juga dipilih oleh Fikhri. Rupanya mereka memang berjodohan. Dalam terpaksa, Fikhri menjadi hero penyelamat di hari pernikahan Zhila kerana Fakhri diculik. Dalam hati Fikhri masih tersemat cintanya terhadap Afrina walaupun Afrina curang bersama lelaki lain di belakangnya.

Model banglo Datuk Fakhrul yang sepatutnya dibuat oleh Fikhri telah disiapkan oleh Zhila kerana niat Zhila yang ingin berbulan madu. Namun rahsia ini telah diketahui oleh bapa mertuanya dan Datuk Fakhrul telah menghadiahkan banglo tersebut kepada Zhila.  Fikhri cuba berbaik dengan Zhila dengan harapan banglo tersebut akan menjadi miliknya.

Ibu Wawa suka dialog:
ZHILA.  : "Kenapa abang buat semua ni?"

FAKHRI : "Saja. Sehari dua lagi kita kena balik. Kalau saya tak buat macam ni, tak merasa lah awak perasaan romantik berbulan madu."

ZHILA.   : "Kalau abang terus layan saya macam ni, saya boleh jatuh cinta dengan abang."

FAKHRI. : "Janganlah berharap sangat."

ZHILA.    : "Tak berharap. Saya tahu dalam hati abang ada orang lain."

Dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing, Fikhri masih mengharapkan cinta Afrina dan kembali menjalinkan hubungan dengannya. Fikhri mula mencari jalan untuk menjauhkan diri daripada Zhila dan gemar membuat Zhila berada dalam keadaan serba salah. Mengarahkan Zhila membuat kek yang mengandungi 7 jenis buah berry yang sukar didapati di Malaysia adalah salah satu cara memberi ruang kepada Fikhri memadu kasih bersama Afrina. 

Namun, kecurangan Fikhri dapat dihidu oleh Zhila. Lantaran hati Zhila yang remuk, telah memberi idea kepadanya untuk menambahkan buah berry yang tak cukup 1 saja lagi dalam keknya dengan barang kesayangan Fikhri iaitu .....

Kisah rumahtangga mereka umpama bermain tarik tali. Permainan mereka berakhir bila Zhila bersetuju menukarkan nama rumahnya kepada Fikhri. Namun Fikhri seakan tidak mahu semua itu kerana dia mahukan permaisuri hatinya iaitu Zhila. Walaupun Zhila beralah sebenarnya dia telah menang dalam percaturan ini. Kebahagian yang dikecapi hanya seketika apabila Afrina bertemu dengan Zhila dan mengaku bahawa anak yang dikandungnya kini adalah anak Fikhri. Zhila mula mencurigai suaminya sehinggalah teka-teki ini terjawab apabila Zhila bertemu dengan kawan lama berbangsa Itali (Romero) iaitu suami Afrina dan ayah kepada anak yang dikandung oleh Afrina.

Zhila menyesal kerana terlalu mempercayai kata-kata Afrina. Dia ingin memohon maaf dari suaminya. Sementara menunggu kepulangan Fikhri, tiba-tiba Zhila dikejutkan dengan mesej:

ABANG CERAIKAN AWAK DENGAN TALAK TIGA!

Hancur lebur hati Zhila tambahan pula sekarang ini dia sedang mengandungkan anak Fikhri. Bagaimanakah berakhirnya rumahtangga Fikhri dan Zhila? Adakah Afrina akan menyesal dengan sikapnya yang berdendam? Adakah Puan Sri Hanifah dapat menerima Zhila semula?


Pendapat ibu Wawa:
Keseluruhan novel ini sangat best. Kagum dengan kesabaran dan keberanian Zhila yang dapat mengubah keegoan seorang lelaki bernama Fikhri. Watak Fikhri juga menarik. Walaupun ego masih ada lagi rasa tolak ansur dalam dirinya. Gaya bahasa yang ditulis oleh JILL NAURA sangat simple dan bersahaja. Walaupun begitu, terdapat juga kata-kata yang berjaya membuat ibu Wawa menangis. Tahniah JILL NAURA kerana berjaya menghasilkan buah tangan buat pembaca iaitu "TIC TAC TOE".
bibir

2 comments: