February 20, 2014

Novel Review: DALAM HATI ADA DIA? - Illa Shanahila



PENULISAN 2U
Sinopsis buku: 

WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, kurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan... Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru. 

NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai. 

Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan disatukan oleh satu 'Hati'. 

"Ada syiling tak?" - NICK 
"Kenapa?" - WANDA
"Nak tukar, boleh?" - NICK
"Nah!" - WANDA 

Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku. 
Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir. 

"Nama siapa?" - NICK 
"Senah. Saya nak panggil awak apa? - WANDA
"Panggil saya Dollah! - NICK 

Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan hati Wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu bukanlah yang sekarang... Dulu dia ditolak, kini dia disayang... 

Benarkah karma akan berlaku? Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?


Review Ibu Wawa:
WANDA NURHANNAH seorang gadis yang ingin hidup senang dan tak perlu bekerja. Namun kejayaan yang mampu dibanggakan hanyalah mendapat 5A dalam UPSR. Dia juga seperti insan lain punya sejarah hitam dalam hidup apabila cintanya pernah ditolak bulat-bulat oleh FAHIM. Alasan yang diberi hanyalah kerana Wanda tiada ciri-ciri kewanitaan. 

Namun setelah bekerja, Wanda bertemu semula dengan Fahim yang kebetulan menggantikan tempat Miss Fina, pengurus Wanda yang bercuti. Fahim sekarang lain dari Fahim yang dulu. Fahim sekarang seolah-olah menagih kasih Wanda. Inilah yang dikatakan karma dalam hidup.

Dalam masa yang sama, hati Wanda telah dicuri oleh seorang jejaka bersikap 'BEKU' iaitu NICK. Semua bermula dari kisah Nick yang ingin menukar syiling di stesen Komuter dan Wanda terbagi sekali beg uncang syiling yang ada 'PHONE CHARM METALLIC GOLD' berharga RM1.50. 

Walaupun sikap Nick yang agak beku, namun dia sentiasa ada di mana-mana seolah-olah menjadi bayangan Wanda yang mengikutnya. Nick macam 'caring' tapi banyak kepada sikap bekunya. Wanda semakin dihimpit dengan tanda tanya apabila selalu mendapat panggilan telefon dan mesej berbau ugutan seolah-olah Wanda perampas suami orang. Air cili yang disangkakan asid telah disimbah ke muka Wanda semasa di stesen Komuter.

Setelah hati Wanda berbunga-bunga dan rama-rama dalam hatinya saling berterbangan, hati Wanda dilukai buat kali kedua. Walaupun Wanda seorang yang lurus dan agak kalut, namun dia juga punya hati. Adakah cinta itu bukan miliknya?

Dialog yang buat Ibu Wawa menangis:

"Siapa budak Wanda ni?" - TAN SRI AMINUDIN

"No one la, Ayah Amin. Perempuan biasa aje." Tak ada benda menarik pun dalam diri dia. Tak pernah pun dia capai apa-apa dalam hidup dia. Paling menarik pun dia dapat 5A dalam UPSR." - NICK

"UPSR?" - TAN SRI AMINUDIN

"Dia kalut. Kalut sangat. Lurus pula tu. Segala benda dia buat tak pernah menjadi...
Nak masak untuk kami tiga orang pun tak boleh... 
Apa nama benda ni pun dia tak tahu..." - NICK

"Phone charm? Anak ayah Amin ni dah bosan tengok model agaknya. Sebab tu nak cari yang biasa, kan?" - TAN SRI AMINUDIN

Luruhnya hati Wanda mendengar perbualan Nick dan Tan Sri. Luka hatinya bertambah sakit bila pengakuan Nick didengari juga oleh Fahim, Miss Fina dan Julia. Wanda malu... Seluruh maruahnya telah dirobek oleh Nick, jejaka yang telah merancang untuk meminang dalam masa yang terdekat ini. Hatinya yang sedih telah ditambah dengan perisa cili apabila Fahim memberitahu bahawa perempuan yang selalu menyerangnya adalah sepupu Nick iaitu SAFIYYA. Mereka telah bertunang!

Dialog yang Ibu Wawa paling suka sangat:

"Kau tahu tak Nick cakap apa lepas kau keluar? Nak tahu tak?" 
"Dia cakap dekat Tan Sri Aminudin, disebabkan semua benda tu la dia sayang kau. Disebabkan semua benda tu la dia rasa nak jaga kau."
"Dia ajak Tan Sri pergi rumah kau untuk pinang kau, tahu?" - RAEY

Walaupun tindakan Fahim lebih cepat meminang Wanda, namun akhirnya Wanda terima lamaran Nick yang agak terlambat kerana dalam hati Wanda ada Nick...

Bak kata orang-orang lama, masa bertunang ni darah manis. Nick terpaksa memenuhi permintaan Wanda ingin mendaki bukit walaupun hatinya hanya 50% saja setuju. Apa yang ditakuti terjadi juga, Nick terjatuh kerana ingin menyelamatkan Wanda jatuh ke dalam gaung. Nick cedera teruk. Wanda takut sangat jika Nick hilang ingatan. Alhamdulillah Nick selamat. Secara tak langsung, peristiwa kemalangan ini telah menjawab persoalan apakah penyakit SAFIYYA.

Sepanjang Nick berehat di rumah, bermacam-macam makanan dia minta Wanda masak. Sehinggalah suatu hari semasa ingin menghantar puding karamel ke rumah Nick, Wanda telah diragut oleh lelaki bermotosikal. Akibatnya Wanda koma selama 2 minggu dan bila sedar, dia telah hilang ingatan. Dia tidak ingat peristiwa yang baru berlaku termasuklah SIAPAKAH DIRI NICK? 

Dialog semasa Wanda dah tak ingat Nick (terharu):

"Sampai bila macam ni, Nick?" - KAK QILA
"Kita tunggu. Tunggu sampai dia ingat balik. Kita tak boleh paksa dia. Tak adil untuk dia." - NICK
"Kalau sampai bila-bila pun dia tak akan ingat, macam mana? - KAK QILA
"Awak masih sanggup tunggu?" - KAK QILA
"Sampai bila-bila pun saya sanggup tunggu." - NICK

Adakah Wanda akan menjadi suri di hati Nick ataupun Fahim menangguk di air keruh? Bagaimana pula hubungan Safiyya dan Nick?


Pendapat Ibu Wawa:
Sebenarnya Ibu Wawa suka sangat watak NICK RAYYAN LEE yang diwujudkan oleh Illa Shanahila. Walaupun seperti tiada perasaan, namun Nick seorang yang 'caring', penyabar dan tidak suka memaksa. Nick punya cara tersendiri untuk mengembalikan ingatan Wanda kepadanya. Walaupun jalan cerita dipertengahan adalah agak perlahan, namun sikap Nick yang sentiasa 'cool' membuat hati Ibu Wawa teruja untuk terus membaca novel ini ditambah dengan watak Wanda yang sentiasa merendah diri. Apapun tahniah buat Illa Shanahila kerana berjaya menghasilkan novel yang simple tapi meninggalkan kesan dari watak Nick iaitu novel "DALAM HATI ADA DIA?". Ibu Wawa memang terhibur membaca novel ini dan ingin memiliki hati lelaki setenang watak Nick.

bibir

2 comments:

  1. so sweet dah illa pun terharu sama. Thanks! insyaALLAH akan diperbaiki untuk next cerita <3

    ReplyDelete
  2. Tahniah Illa. Ibu Wawa tunggu novel terbaru daripada Illa.

    ReplyDelete