Novel Review: TIC TAC TOE - Jill Naura
JEMARI SENI
Sinopsis Novel:
Benarkah cinta itu buta dan membutakan?
Berkahwin
dengan seorang yang ego tidak termasuk dalam perancangan masa depan
Zhila. Tetapi dek kejadian yang tidak terduga, Zhila berkahwin dengan
pengantin bidan terjun.
Fikhri
yang kecewa dengan tingkah kekasihnya mula mencipta sandiwara bahawa
dia akan berkahwin agar kekasihnya itu sedar dan mengaku silap sendiri.
Rupa-rupanya sandiwara Fikhri menjadi kenyataan apabila dia betul-betul
berkahwin!
Maka
bermulalah kehidupan rumahtangga pasangan yang asing ini. Seperti
permainan Tic Tac Toe, apabila seorang memulakan langkah, yang seorang
lagi menghalang atau memulakan langkah baharu. Masing-masing mahu
menang. Zhila yang menjadi menantu kesayangan tidak akta mengalah pada
Fikhri yang pandai berhelah.
Siapakah yang akan menang dalam permainan ini atau kedua-duanya menyerah kalah pada cinta?
Review ibu Wawa:
ZHILA
seorang gadis yatim piatu setelah kematian ibu dan ayah dalam
kemalangan. Lantaran itu, Zhila diamanahkan untuk tinggal bersama bapa
saudaranya iaitu Tan Sri Rosman dan Puan Sri Hanifah. Sikap Puan Sri
Hanifah yang tidak dapat menerima kehadirannya telah menjadikan Zhila
lebih berdikari membawa diri di sekolah berasrama dan akhirnya
melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sikap
Tan Sri Rosman yang tidak mahu membiarkan Zhila hidup sendiri telah
membuka jalan mencari jodoh buat Zhila. Sepatutnya Zhila dijodohkan
dengan FAKHRI, anak sulung Datuk Fakhrul iaitu seorang pilot tapi
apakan daya perkahwinan yang dirancang buat abang sulung rupanya adalah
jodoh buat FIKHRI, anak kedua Datuk Fakhrul dan Datin Wahiza yang agak
degil dan ego. Secara kebetulan, cincin perkahwinan Fakhri sesuai dengan
jari Fikhri dan perfume hantaran buat Zhila juga dipilih oleh Fikhri.
Rupanya mereka memang berjodohan. Dalam terpaksa, Fikhri menjadi hero
penyelamat di hari pernikahan Zhila kerana Fakhri diculik. Dalam hati
Fikhri masih tersemat cintanya terhadap Afrina walaupun Afrina curang
bersama lelaki lain di belakangnya.
Model
banglo Datuk Fakhrul yang sepatutnya dibuat oleh Fikhri telah disiapkan
oleh Zhila kerana niat Zhila yang ingin berbulan madu. Namun rahsia ini
telah diketahui oleh bapa mertuanya dan Datuk Fakhrul telah
menghadiahkan banglo tersebut kepada Zhila. Fikhri cuba berbaik dengan
Zhila dengan harapan banglo tersebut akan menjadi miliknya.
Ibu Wawa suka dialog:
ZHILA. : "Kenapa abang buat semua ni?"
FAKHRI
: "Saja. Sehari dua lagi kita kena balik. Kalau saya tak buat macam ni,
tak merasa lah awak perasaan romantik berbulan madu."
ZHILA. : "Kalau abang terus layan saya macam ni, saya boleh jatuh cinta dengan abang."
FAKHRI. : "Janganlah berharap sangat."
ZHILA. : "Tak berharap. Saya tahu dalam hati abang ada orang lain."
Dalam
tempoh mengenali hati budi masing-masing, Fikhri masih mengharapkan
cinta Afrina dan kembali menjalinkan hubungan dengannya. Fikhri mula
mencari jalan untuk menjauhkan diri daripada Zhila dan gemar membuat
Zhila berada dalam keadaan serba salah. Mengarahkan Zhila membuat kek
yang mengandungi 7 jenis buah berry yang sukar didapati di Malaysia
adalah salah satu cara memberi ruang kepada Fikhri memadu kasih bersama
Afrina.
Namun,
kecurangan Fikhri dapat dihidu oleh Zhila. Lantaran hati Zhila yang
remuk, telah memberi idea kepadanya untuk menambahkan buah berry yang
tak cukup 1 saja lagi dalam keknya dengan barang kesayangan Fikhri iaitu
.....
Kisah
rumahtangga mereka umpama bermain tarik tali. Permainan mereka berakhir
bila Zhila bersetuju menukarkan nama rumahnya kepada Fikhri. Namun
Fikhri seakan tidak mahu semua itu kerana dia mahukan permaisuri hatinya
iaitu Zhila. Walaupun Zhila beralah sebenarnya dia telah menang dalam
percaturan ini. Kebahagian yang dikecapi hanya seketika apabila Afrina
bertemu dengan Zhila dan mengaku bahawa anak yang dikandungnya kini
adalah anak Fikhri. Zhila mula mencurigai suaminya sehinggalah teka-teki
ini terjawab apabila Zhila bertemu dengan kawan lama berbangsa Itali
(Romero) iaitu suami Afrina dan ayah kepada anak yang dikandung oleh
Afrina.
Zhila
menyesal kerana terlalu mempercayai kata-kata Afrina. Dia ingin memohon
maaf dari suaminya. Sementara menunggu kepulangan Fikhri, tiba-tiba
Zhila dikejutkan dengan mesej:
ABANG CERAIKAN AWAK DENGAN TALAK TIGA!
Hancur
lebur hati Zhila tambahan pula sekarang ini dia sedang mengandungkan
anak Fikhri. Bagaimanakah berakhirnya rumahtangga Fikhri dan Zhila?
Adakah Afrina akan menyesal dengan sikapnya yang berdendam? Adakah Puan
Sri Hanifah dapat menerima Zhila semula?
Pendapat ibu Wawa:
Keseluruhan
novel ini sangat best. Kagum dengan kesabaran dan keberanian Zhila yang
dapat mengubah keegoan seorang lelaki bernama Fikhri. Watak Fikhri juga
menarik. Walaupun ego masih ada lagi rasa tolak ansur dalam dirinya.
Gaya bahasa yang ditulis oleh JILL NAURA sangat simple dan bersahaja.
Walaupun begitu, terdapat juga kata-kata yang berjaya membuat ibu Wawa
menangis. Tahniah JILL NAURA kerana berjaya menghasilkan buah tangan
buat pembaca iaitu "TIC TAC TOE".
nak cari lee novel ni, best
ReplyDeleteNovel ni memang sweet
ReplyDelete