May 14, 2011

Bangga dengan cikgu-cikguku dan kini aku juga seorang cikgu...

Cikgu! Itulah ungkapan yang ku ucapkan bila seseorang bertanya, "Apa cita-cita kamu bila besar nanti?"
Adakah kerana aku dilahirkan di dalam keluarga cikgu? Mak cikgu, abah pun cikgu...
Adakah kerana gelaran cikgu ini akan dipanggil sehingga ke liang lahat walaupun sudah pencen?

Jika di sekolah dulu, dalam kad biru (kad 001) aku akan tulis cita-cita pertama - guru, cita-cita kedua - pensyarah dan cita-cita ketiga - doktor. Cikgu cakap jika aku tak dapat jadi guru, aku akan jadi pensyarah dan jika aku tak dapat jadi pensyarah, aku akan jadi doktor. Ha...ha...ha... Tak kisahlah semua itu, yang penting cita-citaKU nak jadi CIKGU!

Masa di sekolah rendah, AKU tak pernah lawan cakap cikgu. AKU antara student yang "TOP 10". Entah macamana, bila dah besar makin kurang bijak AKU ni...

Bila di sekolah menengah, AKU makin nakal. Selalu kena marah dengan cikgu tapi AKU taklah berdendam dengan cikgu. Sungguh cepat masa berlalu, sudah hampir 14 tahun AKU meninggalkan zaman persekolahan. Rupa-rupanya dah 11 tahun AKU bergelar seorang guru.

Siapa sangka sekarang ni, AKU mengajar di sekolah yang sama dengan cikgu Sains dan cikgu Pendidikan Seni semasa di tingkatan 4 dan 5. Dulu, cikgu Sains selalu marah AKU sebab suka berkhayal di dalam makmal sains. Maklumlah masa tu tengah seronok bercinta... Walaupun selalu kena marah, AKU tahu cikgu marah sebab nak tengok AKU berjaya. Cikgu Pendidikan Seni pula, tak pernah marah AKU. Cikgu beri semangat dan pinjamkan AKU beg lukisan masa AKU pergi interview di UiTM (dulunya ITM Manjung, Perak). AKU minat melukis. Kononnya nak ambil course "art and design" tapi rezeki AKU ke bidang Sains pula.

Masa kat maktab kawan-kawan tanya, "nak cari suami kerja apa?" AKU cakap tak nak cari suami kerja cikgu nanti cerita kat rumah kisah yang sama. Kini dah hampir 10 tahun AKU mendirikan rumahtangga dengan seorang CIKGU... Itulah berlagak sangat, ALLAH maha berkuasa. He... he... he... Seorang kawan pernah berkata, "kalau kahwin dengan cikgu, hidup tak mewah tapi cukuplah untuk selesa". Apapun ceritanya, kini AKU bahagia.

Oh sebelum terlupa, apa hadiah HARI GURU 2011?
Memang sukar nak dijangka. BagiKU kejayaan anak-anak didik sudah memadai.
Sejuk hatiKU bila mendengar kata-kata mereka, "KAMI FAHAM BILA CIKGU AJAR KAMI. KAMI SAYANG CIKGU".
Demikianlah kisah seorang cikgu...


Sempena Hari Guru 16 MEI 2011 ini,
ibu WaWa ingin mengucapkan 
"SELAMAT HARI GURU. JASAMU SENTIASA DIKENANG" 
kepada mak, abah (guru beso pencen), suamiKU, adikKU, 
semua cikgu sekolah rendahKU,  sekolah menengahKU, maktab, universiti, rakan-rakan cikgu di sekolah rendah satu masa dahulu, 
rakan-rakan cikgu sekolah menengah kini, 
bakal-bakal cikgu serta cikgu-cikgu di Malaysia...



bibir




4 comments:

  1. Selamat Hari Guru. Sy pun guru tapi mengajar murid2 dah dewasa.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI GURU....kak hadiah sempena hari guru thn nie?cikgu2 malaysia dpt apa?kata kerajaan nk bagi something...bonus?

    ReplyDelete
  3. @Anonymous
    Malas nak harap sangat, takut nanti merana hati...

    ReplyDelete
  4. @transformed housewife
    oklah tu, yang penting kita sama-sama sumbangkan ilmu yang sangat berguna...

    ReplyDelete